30 July 2016

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU : SIAPAKAH PENCIPTA VIVIX?

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU : SIAPAKAH PENCIPTA VIVIX?


Saya pernah COD VIVIX di KEMPAS untuk seorang customer yang menghidap VERTIGO. Beliau bertanyakan kepada saya "apa bahan dalam vivix ni sampai dia boleh elokkan penyakit-penyakit kronik?" Seakan beliau teruja dengan keberkesanan vivix.

Saya senyum dan terangkan tentang bahan yang terdapat di dalam vivix. 
Dan apa pun produk yang berkesan pasti kita terfikir siapa yang cipta benda ni ye? Atau mesti power kan orang yang cipta benda ni.

Anda nak tahu siapa yang cipta vivix?




SIPAKAH PENCIPTA VIVIX?

Insan yang mengkaji dan menemui ramuan vivix adalah seorang Doktor hebat yang bernama Dr Elizabeth Blackburn.

Beliau pernah mengetuai American Cancer Research Association.

Beliau jugak merupakan pemenang anugerah Nobel Prize in 2009 for medicine kerana menjumpai telomerase iaitu satu protein yang mampu memanjang.

Telomere iaitu satu protein dalam DNA kita
Telomere ni yang simpan seribu rahsia tentang penyakit kita pada masa akan datang.

Bila protein telomere rosak disebabkan faktor usia dan radical bebas, maka chromosome kita yang di copy, menjadi tak lengkap. So rosak, Maka hasillah sel yang rosak.

Terjadilah pelbagai penyakit pada tubuh kita seperti Kanser, penuaan, buah pinggang rosak, alzhemeir, penyakit saraf, diabetes, darah tinggi, strok dan lain-lain.

So kajian beliau adalah untuk memastikan tidak ada sel kromosom yang rosak.

So beliau menang dengan penemuan ni dan mendapat anugerah Noble Prize.

Pihak saintis Shaklee telah bekerjasama dengan beliau untuk hasilkan Vivix dan kerana itu Vivix hanya dipaternkan khas untuk pihak Shaklee sahaja, company lain tidak boleh tiru.. NO NO NO !

Sebab tu vivix sepatutnya semua org makan.

Walaupun kita dah makan makanan yang sihat, tapi kita still perlukan bantuan pada tahap sel.

On the cellular level to protect us from making bad cells.

Bad cells equal to diseases, cancer and ageing.

Vivix will help you.
Not your food.


DAPATKAN VIVIX UNTUK KESIHATAN ANDA



COD SHAKLEE AREA :
TAMPOI / TAMAN DAHLIA / TAMAN KEMAS / TAMAN CEMPAKA / DAMANSARA ALIFF / TAMAN PERLING / BUKIT INDAH / TAMPOI UTAMA / BANDAR BARU UDA / TAMAN JOHOR / KEMPAS / SETIA TROPIKA  / GELANG PATAH

 POS SETIAP HARI SEMENANJUNG MALAYSIA / SABAH SARAWAK

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

NURMALA SURATANNI
ID : 1224878
CONTACT NO : 013 2712089
www.duniacantikluna.blogspot.com
FB : Luna Moonfang
IG : LUNA.SHAKLEE

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU : ISI TUMBUH CANTIK DENGAN VIVIX

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU : ISI TUMBUH CANTIK DENGAN VIVIX

Apa yang saya nak share harini ialah mengenai vivix dalam membantu seorang pakcik bagi mendapatkan kembali isi kakinya yang terpaksa dikorek di atas sebab tertentu.

Gambar di bawah agak mengerikan pada permulaannya tetapi ia kembali pulih apabila pakcik ini mengamalkan 2 botol vivix.



Pakcik ni kakinya luka kemudian terkena racun pula semasa meracun sawah. Kesannya luka merebak infection dan bernanah sehingga doktor terpaksa korek buang isi betis kakinya sedalam lebih kurang satu inci. Rujuk gambar kedua.

Pakcik pulun minum Vivix 25/3/16,2botol dalam masa lebih kurang dua minggu,

2sudu pagi, dua sudu malam.

Syukur alhamdulillah, isi kakinya elok je naik dan penuh.

Rujuk gambar ketiga. Doktor tak bekalkan sebarang ubat hanya dressing.


Alhamdulillah beliau sgt berpuas hati dengan Vivix.


Anda mempunyai saudara mara yang menghidap kencing manis, stroke, kanser ataupun penyakit-penyakit kronik?
Atasi masalah penyakit kronik mereka dengan VIVIX. INGIN DAPATKAN VIVIX? HUBUNGI SAYA SEGERA.

COD SHAKLEE AREA :
TAMPOI / TAMAN DAHLIA / TAMAN KEMAS / TAMAN CEMPAKA / DAMANSARA ALIFF / TAMAN PERLING / BUKIT INDAH / TAMPOI UTAMA / BANDAR BARU UDA / TAMAN JOHOR / KEMPAS / SETIA TROPIKA  / GELANG PATAH

 POS SETIAP HARI SEMENANJUNG MALAYSIA / SABAH SARAWAK

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

NURMALA SURATANNI
ID : 1224878
CONTACT NO : 013 2712089
www.duniacantikluna.blogspot.com
FB : Luna Moonfang
IG : LUNA.SHAKLEE

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU : ATASI ECZEMA DENGAN VIVIX

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU : ATASI ECZEMA DENGAN VIVIX


Eczema : Atasi  dengan VIVIX

Assalamualaikum

Hari ini saya mahu berkongsi tentang Eczema. Eczema adalah sejenis penyakit kulit yang boleh terjadi pada kanak-kanak mahupun dewasa.

Sesetengah pendapat menyatakan bahawa, ia adalah bawaan genetik triad iaitu asthma, resdung dan eczema. Ini bermaksud, jika ibu atau ayah mempunyai salah satu daripada penyakit hypersensitiviti tadi, anak cenderung juga untuk mendapat alah satu daripadanya.

Eczema adalah hypersensitiviti kulit yang menyebabkan kulit menjadi kering, menggelupas, kemerahan. Dan mengakibatkan kesakitan dan.kerengsaan.

Kebiasaannya, eczema akan menjadi lebih teruk dalam persekitaran yang ekstrem, terlalu panas atau terlalu sejuk. Tekanan emosi juga menjadi faktor penggalak eczema. Begitu juga pemakanan. Anda perlu mengambil berat tentang pemakanan harian anda atau anak anda. Elakkan makanan yang diketahui memberi kesan allergi pada kulit dan tubuh.

Di hospital, eczema dirawat dengan beberapa jenis krim, ubat tahan gatal dan vitamin. Prinsip utama rawatan eczema adalah untuk memastikan kulit sentiasa lembab dan tidak terlampau kering. Krim steroid digunakan untuk membantu mengurangkan keradangan akibat kulit yang merekah dan menggelupas.

Kisah Eczema dan VIVIX

Seorang rakan menghubungi saya untuk mencuba VIVIX. Tujuannya untuk kelugatan jelita dan berseri menjelang hari raya. Yakin dengan kemampuan VIVIX melakukannya, sebotol VIVIX menjadi milik rakan saya. Sedikit ragu walaupun saya sendiri distributor Shaklee, mampukah VIVIX memenuhi impian hari raya rakan saya? Namun hati sentiasa berdoa agar Allah bantu saya untuk bantu orang lain.

2 minggu, rakan ini menghubungi saya dengan rasa gembira. Eczema yang dihidapinya selama bertahun-tahun beransur nipis dan hilang. Bermacam ubat dah dia cuba, bermacam produk kolagen dah dia makan, tapi eczema tetap sama. Berbeza sejak menggunakan VIVIX, eczemanya beransur kurang.

Perubahan ini pada awalnya tidak disedari rakan saya. Hari-hari hanya memerhatikan wajah dicermin untuk lihat hasil istiqomah makan VIVIX. Memang nampak hasilnya. Kulit makin halus berseri. Dan bila ada kawan menegur tentang eczemanya, barulah rakan saya tersedar bahawa dia sudah jarang rasa rengsa dan tak selesa akibat eczema.



TESTIMONI VIVIX UNTUK ECZEMA





COD SHAKLEE AREA :
TAMPOI / TAMAN DAHLIA / TAMAN KEMAS / TAMAN CEMPAKA / DAMANSARA ALIFF / TAMAN PERLING / BUKIT INDAH / TAMPOI UTAMA / BANDAR BARU UDA / TAMAN JOHOR / KEMPAS / SETIA TROPIKA  / GELANG PATAH

 POS SETIAP HARI SEMENANJUNG MALAYSIA / SABAH SARAWAK

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

NURMALA SURATANNI
ID : 1224878
CONTACT NO : 013 2712089
www.duniacantikluna.blogspot.com
FB : Luna Moonfang
IG : LUNA.SHAKLEE

29 July 2016

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU : KEBERKESANAN RESVERATROL

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU : KEBERKESANAN RESVERATROL


KEBERKESANAN RESVERATROL DAN KAJIAN KLINIKAL

Bulan Vivix saya asyik sangat bercakap tentang Vivix. Ini adalah satu lagi maklumat penting berkenaan  Vivix iaitu berkenaan resveratrol.

Orang Perancis dengan wine mereka yang mengandungi khasiat resveratrol. Kita orang Islam tidak bolehlah ambil wine, jadi apakah supplement atau makanan yang mengandungi khasiat yang sama atau lebih tinggi?

Vivix dan ramuan utamanya resveratrol
Resveratrol adalah bahan utama di dalam Vivix. Anda mungkin telah mengambil resveratrol secara tidak sengaja.

Resveratrol boleh didapati dalam makanan seperti kacang tanah, pistachios, anggur, anggur merah dan putih, beri biru, cranberry, koko dan coklat gelap.
Makanan ini menjadikan resveratrol dapat melawan jangkitan kulat, radiasi ultraungu, tekanan, dan kecederaan.

Resveratrol merupakan perubatan semulajadi pertama yang mempunyai bukti kukuh yang menunjukkan ia menghalang atau mencegah pelbagai peringkat kanser, malahan Vivix turut dicadangkan sebagai makanan tambahan bagi pesakit kanser yang sedang menjalani perubatan konvensional.

KAJIAN KE ATAS RESVERATROL DAN VIVIX

Kajian mengenai resveratrol telah diterbitkan di dalam lebih 2000 jurnal dan kajian penerbitan antaranya oleh University Harvard, National Institute of Aging, National Cancer Institute dan National Cancer Institute of Science, termasuk beberapa kajian di antaranya:

1)  MERENCATKAN GEN KANSER

Sebagai antioksidan yang kuat, resveratrol berupaya meneutralkan radikal bebas daripada terus merosakkan sel dan seterusnya ia merencatkan gen kanser.

2) KEUPAYAAN MENTERBALIKKAN KESILAPAN DNA

Bersesuaian dengan fungsinya yang membantu memperbaiki DNA,  resveratrol mampu mengurangkan kesilapan DNA sebanyak 60%. Ini merupakan pencapaian besar bagaimana resveratrol dapat memperlahankan proses penuaan.

3) KEUPAYAAN SEBAGAI ANTI KANSER

Kajian ke atas resveratrol daripada Annals of the New York Academy of Sciences pada tahun 2011, menunjukkan resveratrol mempunyai kesan anti-kanser. Kajian yang dilakukan telah membuktikan resveratrol mempunyai peranan dalam mengawal sel kanser, sama ada mencegah pembentukan sel atau membantu dalam proses rawatan. Kebolehannya menghentikan sel kanser berkait rapat dengan fungsinya yang membunuh sel kanser tapi memelihara sel yang normal.

Terdapat Laporan daripada Biologi Kanser & Terapi pada tahun 2007, resveratol berkeupayaan bertindak menjejaskan semua peringkat karsinogenesis (proses dimana sel-sel normal menjadi sel-sel kanser).

Pada tahun 2008 pula di dalam jurnal Karsinogenesis, menunjukkan bahawa resveratrol boleh membantu pencegahan kanser prostat. Ini kemungkinan disebabkan oleh kesannya terhadap hormon seks lelaki yang dipanggil androgen.

Terdapat beberapa kajian yang dijalankan ke atas fungsi resveratrol dan beberapa jenis kanser. Perlu dinyatakan di sini, kajian makmal bukanlah dibuat sehari dua atau dalam tempoh beberapa minggu, malah sebenarnya ia mengambil masa bertahun-tahun untuk mendapatkan hasil kajian.

KANSER USUS :

Kajian ke atas kanser usus dengan membandingkan kumpulan yang dikawal berbanding kumpulan yang diberikan pelbagai dos resveratrol yang pelbagai. Dos setinggi 100 nanogram/ml berkeupayaan merencatkan pertumbuhan sel kanser secara signifikan berbanding kumpulan kawalan dan dos yang lebih rendah.


KANSER PAYUDARA :

Kajian ke atas penghidap kanser payudara menunjukkan resveratrol merencat pertumbuhan sel secara signifikan dan menggalakkan kerencatan dan kematian sel dalam kanser payudara yang telah merebak.

KANSER PARU-PARU :

Kajian ke atas kanser paru-paru menunjukkan resveratrol dalam dos yang lebih tinggi (10mg/kg) mencegah pertumbuhan dan penyebaran sel kanser ke organ lain dan mengelakkan pertumbuhan salur darah baru kepada sel kanser.

KANSER PROSTAT :

Kajian ke atas kanser prostat menunjukkan resveratrol telah merencatkan pertumbuhan sel kanser prostat berdasarkan gambarajah histologi.

Menurut kajian yang dibuat oleh Universiti Perubatan Rush, kandungan resveratrol yang tinggi dalam Vivix membantu mengelakkan kerosakan tisu.


COD SHAKLEE AREA :
TAMPOI / TAMAN DAHLIA / TAMAN KEMAS / TAMAN CEMPAKA / DAMANSARA ALIFF / TAMAN PERLING / BUKIT INDAH / TAMPOI UTAMA / BANDAR BARU UDA / TAMAN JOHOR / KEMPAS / SETIA TROPIKA  / GELANG PATAH

 POS SETIAP HARI SEMENANJUNG MALAYSIA / SABAH SARAWAK

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

NURMALA SURATANNI
ID : 1224878
CONTACT NO : 013 2712089
www.duniacantikluna.blogspot.com
FB : Luna Moonfang
IG : LUNA.SHAKLEE

28 July 2016

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU : SET SAKIT LUTUT SHAKLEE

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU: SET SAKIT LUTUT SHAKLEE


Biasanya sakit lutut dikaitkan dengan golongan tua. tapi ada juga golongan muda yang turut mengalami masalah tersebut. Ada juga yang mengambil ringan tentang masalah ini. Sakit lutut juga dikenali sebagai Osteoarthritis (OA). Juga dikenali sebagai arthritis terutama di bahagian lutut. Sakit lutut adalah masalah kesakitan yang melibatkan struktur tulang mungkin berpunca daripada sendi ( femur, tibia, fibula ), tempurung lutut (patela) atau ligamen dan tulang rawan lutut (meniskus). Sakit lutut boleh terkena kepada semua peringkat umur bergantung kepada keadaan atau aktiviti setiap individu.

PUNCA-PUNCA SAKIT LUTUT 

1. Umur Semakin Meningkat
- Semakin lama kita hidup di dunia, semakin kita dimamah usia. Umur semakin meningkat merupakan factor utama sakit lutut terjadi. Ini kerana pelincir di lutut semakin kering dan berkurangan. Antara simpton-simpton pelincir lutut kering dan berkurangan ialah tidak dapat berdiri lama, tidak mampu membengkokkan lutut dalam masa yang panjang dan memerlukan bantuan orang lain untuk melakukan aktiviti harian.Oleh itu, semakin umur meningkat, semakin sukar untuk kita mencegah kekurangan tulang rawan. Kita seharusnya mengamalkan pemakanan yg sihat seperti perbanyakkan minum susu untuk tulang serta mengamalkan pengambilan vitamin  C.

2. Berat badan yang berlebihan atau obesiti
- Tekanan pada sendi lutut akan bertambah apabila berat badan kita semakin bertambah atau berlebihan. Obesiti akan meningkatkan risiko berlakunya Osteoartritis. Tulang rawan akan rosak dengan lebih cepat. Berat badan berlebihan memberi tekanan kepada sendi-sendi yang menampung tubuh seperti lutut dan punggung. 
jadi kurangkanlah berat badan anda ke paras ideal sebagai langkah pertama mengatasi masalah sakit lutut.

3. Jantina ( wanita lebih berpotensi )
- wanita lebih sering sakit lutut berbanding lelaki. Sakit lutut lebih banayk menyerang wanita disebabkan tulang punggung wanita lebih lebar dari lelaki. Tulang punggung yang lebar menyebabkan lebih tekanan pada otot peha bahagian dalam. Tekanan ini memberi kesan kepada bahagian tempurung lutut dan jika berlaku dalam jangka masa panjang ia boleh menyebabkan otot-otot di sekitar lutut membengkak. Wanita berumur 55 tahun dan ke atas lebih berpotensi mengalami OA berbanding lelaki disebabkan hormon, peningkatan kadar kolesterol, faktor pemakanan dan selepas putus haid.

4. Cedera / Trauma
- Khusus untuk atlet perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kecederaan. Pemain bola sepak, takraw dan tenis adalah antara atlet yang berisiko tinggi. Namun begitu, exercise yang ringan dan normal dapat membantu menguatkan sendi. DIgalakkan sebelum dan selepas bersukan melakukan aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan badan.



SET SAKIT LUTUT SHAKLEE


JOINT HEALTH TABLET
- menyokong keselesaan sendi, memelihara tisu penyambung dan meningkatkan kesan kusyen,.

OMEGA GUARD
- supplement kalsium yang lengkap dengan magnesium dan vitamin D dan nutrisi lain. Mengandungi boron yang membantu dalam metabolisme tulang.

OSTEMATRIX
- melambatkan degradasi tulang rawan, bertindak sebagai pelincir dan membantu bergerak dengan senang.


TESTIMONI SET SAKIT LUTUT SHAKLEE





Orang tersayang anda sakit lutut?
Dapatkan set sakit lutut shaklee daripada saya.


COD SHAKLEE AREA :
TAMPOI / TAMAN DAHLIA / TAMAN KEMAS / TAMAN CEMPAKA / DAMANSARA ALIFF / TAMAN PERLING / BUKIT INDAH / TAMPOI UTAMA / BANDAR BARU UDA / TAMAN JOHOR / KEMPAS / SETIA TROPIKA  / GELANG PATAH

 POS SETIAP HARI SEMENANJUNG MALAYSIA / SABAH SARAWAK

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

NURMALA SURATANNI
ID : 1224878
CONTACT NO : 013 2712089
www.duniacantikluna.blogspot.com
FB : Luna Moonfang
IG : LUNA.SHAKLEE





PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU : APAKAH ITU GMO?

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU : APAKAH ITU GMO?


APAKAH ITU GMO?

GMO, atau "organisma yang diubahsuai secara genetik," adalah tumbuh-tumbuhan atau haiwan yang telah secara genetik kejuruteraan dengan DNA daripada bakteria, virus atau tumbuh-tumbuhan dan haiwan lain. Ini kombinasi eksperimen gen dari spesies yang berbeza tidak boleh berlaku dalam alam mahupun dalam pembiakan silang tradisional.

Hampir semua GMOs komersil kejuruteraan untuk menghadapi penggunaan langsung racun herba dan / atau untuk menghasilkan racun serangga. Walaupun janji industri bioteknologi, tiada sifat-sifat GMO kini pada tawaran pasaran meningkat hasil, toleransi kemarau, pemakanan tambahan, atau apa-apa manfaat pengguna yang lain.

Sementara itu, bukti semakin bertambah yang menghubungkan GMOs dengan masalah kesihatan, kerosakan alam sekitar dan melanggar petani dan pengguna hak.

ADAKAH GMO ITU SELAMAT?

Negara-negara yang paling maju tidak menganggap GMOs selamat. Di lebih daripada 60 buah negara di seluruh dunia, termasuk Australia, Jepun, dan semua negara-negara di Kesatuan Eropah, terdapat sekatan yang ketara atau pengharaman secara terang-terangan kepada pengeluaran dan penjualan GMO. Di Amerika Syarikat, kerajaan telah meluluskan GMOs berdasarkan kajian yang dijalankan oleh syarikat-syarikat yang yang mengeluarkan produk GMO dan mengaut keuntungan. Semakin ramai rakyat Amerika bertukar dan memilih untuk  keluar daripada eksperimen GMO.

ADAKAH GMO DIANGGAP PERKARA BIASA?

Di Amerika Syarikat, dianggarkan sebanyak 80% produk GMO daripada makanan diproses konvensional.

APAKAH KESAN GMO TERHADAP ALAM SEKITAR?

Lebih 80% daripada semua GMOs berkembang di seluruh dunia untuk toleransi rumpai. Hasilnya, penggunaan racun rumpai toksik seperti Roundup telah meningkat 15 kali sejak GMO telah diperkenalkan. Tanaman GMO juga bertanggungjawab untuk kemunculan "rumpai super" dan "pepijat super: 'yang hanya boleh dibunuh dengan racun yang lebih toksik seperti 2,4-D (bahan utama dalam Agen Oren). GMO adalah satu sambungan langsung dari pertanian kimia, dan dibangunkan dan dijual oleh syarikat-syarikat kimia terbesar di dunia. Kesan jangka panjang GMO tidak diketahui, dan sekali dibebaskan ke alam sekitar organisma novel tidak boleh ditarik balik.

TANAMAN APA YANG DIUBAH SECARA GENETIK?

Majoriti jagung, kacang soya, kapas, canola, bit gula yang ditanam di Amerika Syarikat adalah GMO. 50% daripada betik ditanam di Hawaii adalah GM. Jumlah kecil, kuning "leher penjahat" dan skuasy zucchini juga GMO.

Sebanyak 15% daripada lembu di Amerika Syarikat disuntik dengan hormon pertumbuhan lembu yang diubah secara genetik yang dipanggil rBGH (rBST). rBGH diharamkan di banyak negara kerana kesan kesihatan yang negatif pada lembu.

BAGAIMANA UNYUK MEBGELAK BARANG GMO? 

    Elakkan makanan yang diproses mengandungi bahan-bahan daripada jagung, soya, canola, bit gula, dan kapas. Lebih daripada 70% daripada makanan yang diproses yang terdapat di kedai-kedai runcit dan restoran mengandungi bahan-bahan yang diperolehi daripada GE jagung, kacang soya, canola, dan kapas. Di samping itu, separuh gula yang digunakan dalam produk-produk makanan datang daripada gula bit GM.
   
    Carilah Bukan GMO  produk yang disahkan. Produk-produk makanan telah melalui program pengesahan yang ketat untuk mengurangkan risiko pencemaran GMO, memberi anda jaminan terbaik mereka bukan GMO.

 Makan organik.
- Membeli makanan organik juga menawarkan jaminan terhadap risiko kejuruteraan genetik kerana bahan-bahan GM adalah dilarang dalam pengeluaran organik.

Beli makanan tempatan.
- Tiada apa yang lebih baik daripada buah-buahan segar dan sayur-sayuran keluaran tempatan. Membeli sokongan petani tempatan dan menyimpan dolar makanan dalam masyarakat.

Menanam sendiri.
- Berkebun adalah hobi yang hebat, berkhasiat kepada badan, ingatan, dan tanah. Anda juga boleh mengambil bahagian dalam projek-projek pertanian bandar yang bercambah di seluruh negara.


Alhamdulillah semua bahan semulajadi yang terkandung di dalam produk SHAKLEE adalah bahan semulajadi NON-GMO dan diuji secara klinikal selama bertahun-tahun lamanya.

INGIN MENJADI SALAH SEORANG PENGGUNA SHAKLEE?
HUBUNGI SAYA SEGERA DAN DAPATKAN VITAMIN YANG ANDA PERLUKAN.

COD SHAKLEE AREA :
TAMPOI / TAMAN DAHLIA / TAMAN KEMAS / TAMAN CEMPAKA / DAMANSARA ALIFF / TAMAN PERLING / BUKIT INDAH / TAMPOI UTAMA / BANDAR BARU UDA / TAMAN JOHOR / KEMPAS / SETIA TROPIKA  / GELANG PATAH

 POS SETIAP HARI SEMENANJUNG MALAYSIA / SABAH SARAWAK

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

NURMALA SURATANNI
ID : 1224878
CONTACT NO : 013 2712089
www.duniacantikluna.blogspot.com
FB : Luna Moonfang
IG : LUNA.SHAKLEE

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU : KENCING TIDAK LAWAS DAN CARA ATASI

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU : KENCING TIDAK LAWAS DAN CARA ATASI
   
KENCING TAK LAWAS?
Pernah kena tak kencing tidak lawas ni? Rasa nak terkencing yang tak boleh ditahan lagi, rasa kerap nak ke toilet untuk kencing tak pun rasa sakit di bahagian ari-ari. Ada juga yang sakit sampai ke pinggang.

Biasanya kencing tidak lawas terjadi kepada kaum wanita dan juga ibu mengandung. Tetapi ia juga boleh terjadi kepada kaum lelaki dan juga kanak-kanak.

MENGAPA BOLEH TERJADI KENCING TIDAK LAWAS?


1. KURANG MINUM AIR KOSONG
- bila kita kurang minum air maka sistem perkumuhan tidak berlaku dengan sempurna

2. IBU BERSALIN.
- otot-otot akan hilang elastik apabila melalui proses kelahiran normal. Keupayaan untuk menakung air kencing dalam tempoh yang lama semakin berkurang. Otot-otot boleh dipulihkan dengan senaman kegel ataupun proses urutan traditional.

3. BATU KARANG.
- ini selalu terjadi apabila menahan kencing dalam tempoh yang lama, malas hendak ke tandas dan ada juga yang kerap travel jauh. Lama-kelamaan boleh menyebabkan batu karang.

4. PESAKIT DIABETES
- bila ada kencing manis (diabetes), kupayaan saraf untuk merasa seluruh badan akan semakin berkurangan. Ada yang kencing tidak lawas dan ada yang terus terkencing tanpa rasa apa-apa. Ibarat lumpuh separuh badan.

5. KANSER PROSTAT
- untuk lelaki yang kerap kencing tak lawas berkemungkinan ia tanda awal untuk kanser prostat.

Ramai yang ambil mudah dengan masalah kencing tak lawas terutama bagi mereka yang sibuk dengan kerja dan malas hendak ke toilet. 

Mencari jalan penyelesaian untuk masalah kencing tidak lawas?

SET KENCING TIDAK LAWAS

● PEPPERMINT GINGER PLUS
- membuang angin dalam badan dan juga bagus untuk sistem penghadaman.

●ALFALFA COMPLEX
- Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang.

TESTIMONI SET KENCING TAK LAWAS



INGIN DAPATKAN SET KENCING TAK LAWAS?

COD SHAKLEE AREA :
TAMPOI / TAMAN DAHLIA / TAMAN KEMAS / TAMAN CEMPAKA / DAMANSARA ALIFF / TAMAN PERLING / BUKIT INDAH / TAMPOI UTAMA / BANDAR BARU UDA / TAMAN JOHOR / KEMPAS / SETIA TROPIKA  / GELANG PATAH

 POS SETIAP HARI SEMENANJUNG MALAYSIA / SABAH SARAWAK

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

NURMALA SURATANNI
ID : 1224878
CONTACT NO : 013 2712089
www.duniacantikluna.blogspot.com
FB : Luna Moonfang
IG : LUNA.SHAKLEE

27 July 2016

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU : DIFTERIA

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU : DIFTERIA

APA ITU DIFTERIA?

Difteria adalah jangkitan bakteria yang berpunca daripada Corynebacterium difteria (C. difteria). Penyakit ini menyerang bahagian atas mukosa saluran pernafasan dan kulit yang terluka. Tanda-tanda yang dapat dirasakan ialah sakit tekak dan demam secara tiba-tiba disertai tumbuhan membran kelabu melitupi tonsil serta bahagian saluran pernafasan.
Pembawa kuman ini adalah manusia sendiri dan ia amat sensitif kepada faktor-faktor alam sekitar seperti kekeringan, kepanasan dan sinaran matahari. Difteria disebarkan daripada kulit, saluran pernafasan dan sentuhan dengan pesakit difteria itu sendiri. Kadar kematian akibat difteria paling tinggi dalam kalangan bayi dan orang tua dan kematian biasanya berlaku dalam masa tiga hingga empat hari.
Rawatan bagi penyakit ini termasuk antitoksin difteria yang melemahkan toksin dan antibiotik. Erythromycin dan penisilin membantu menghapuskan bakteria dan menghentikan pengeluaran toksin. Umumnya difteria boleh dicegah melalui vaksinasi. Bayi, kanak-kanak, remaja, dan orang dewasa yang tidak mempunyai cukup pelalian memerlukan suntikan booster setiap 10 tahun.
Difteria merupakan penyakit berjangkit yang tersebar dengan sentuhan fizikal langsung atau menghidu titisan pernafasan pesakit. Penyakit diphtheria biasa dalam sejarah, kini, diphtheria kebanyakannya terhapus dalam negara maju melalui kempen pelalian. 
Penguat pelalian dicadangkan bagi orang dewasa kerana kekuatan pelalian merosot menurut usia tanpa pendedahan berterusan; ia terutamanya dicadangkan bagi mereka yang mengembara di kawasan di mana penyakit ini belum dihapuskan.

TANDA-TANDA DIFTERIA :
Bentuk pernafasan memiliki tempoh pengeraman 2–5 hari. Permulaan penyakit biasanya secara perlahan-lahan. Simptom termasuk lesu, deman, sakit kerongkong serdahana dan masalah menelan ("Dysphagia"). Kanak-kanak yang dijangkiti mengalami simptom yang termasuk mual, muntah, sejuk, dan demam yang tinggi, sungguhpun sesetengah tidak menunjukkan simptom sehingga jangkitan telah berkembang lanjut. Dalam 10% kes pesakit mengalami bengkak di bahagian leher, biasanya digelar "leher lembu/bull neck." Kes ini biasanya dikaitkan dengan risiko kematian yang lebih tinggi.
Tambahan kepada simptom pada tempat jangkitan (sakit kerongkong), pesakit mungkin mengalami tanda-tanda lebih umum, seperti lesu, pucat, dan degupan jantung pantas ("Tachycardia"). Simptom ini disebabkan oleh toksin yang dibebaskan oleh bakteria. Tekanan darah rendah mungkin terjadi pada pesakit sebegini. Kesan jangka panjang toksin difteria termasuk kardiomyopathi dan peripheral neuropathy (sensory type). Bentuk luka difteria sering kali merupakan jangkitan kedua penyakit kulit sedia ada. Tanda-tanda jangkitan difteria bentuk luka menonjol purata selepas tujuh hari selepas kemunculan penyakit kulit utama.

SILA PASTIKAN ANAK ANDA MENDAPAT VAKSIN YANG SEPATUTNYA BAGI MENCEGAH PENYAKIT DIFTERIA DAN BAGI MENCEGAH IA DARIPADA MEREBAK.

DAPATKAN SUPPLEMENT UNTUK ANAK ANDA BAGI MENINGKATKAN IMMUNE SYSTEM BADAN MEREKA.
HUBUNGI SAYA UNTUK KONSULTASI PERCUMA.


COD SHAKLEE AREA :
TAMPOI / TAMAN DAHLIA / TAMAN KEMAS / TAMAN CEMPAKA / DAMANSARA ALIFF / TAMAN PERLING / BUKIT INDAH / TAMPOI UTAMA / BANDAR BARU UDA / TAMAN JOHOR / KEMPAS / SETIA TROPIKA  / GELANG PATAH

 POS SETIAP HARI SEMENANJUNG MALAYSIA / SABAH SARAWAK

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

NURMALA SURATANNI
ID : 1224878
CONTACT NO : 013 2712089
www.duniacantikluna.blogspot.com
FB : Luna Moonfang
IG : LUNA.SHAKLEE

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU : KESUBURAN LELAKI

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU : KESUBURAN LELAKI


KESUBURAN LELAKI?
Bila bercakap tentang kesuburan biasanya ia dikaitkan dengan wanita. Wanita sering dipersalahkan sekiranya masih belum mengandung. Ia bukan sahaja memberi impak negatif tetapi mendorong wanita tersebut rasa tidak sempurna sebagai soerang perempuan hanya kerana dia dilabelkan sebagai tidak subur atau mandul.

Tapi tahukah anda kesuburan bukan sahaja merujuk kepada wanita tetapi merujuk kepada lelaki juga. 
Lelaki yang normal dan sihat mampu menghasilkan lebih kurang 150 hingga 250 juta sperma setiap hari. Sperma sensitif dengan bahan-bahan pelicin dan juga air jadi wanita tidak digalakkan menggunakan apa juga jenis bahan pelicin sewaktu melakukan hubungan seks dengan suami.

Meskipun lelaki mampu menghasiljan 150 hungga 250 juta sperma, namun tidak semestinya kesemua sperma tersebut normal dan subur. 

Ingin saya cadangkan supplement untuk kesuburan lelaki iaitu VITA E SHAKLEE.
VITA E memberi tenaga untuk lelaki ( termasuk untuk seksual), ereksi lebih lama, lebih mudah terangsang, libido yang kuat, orgasma yang lebih kerap dan bersemangat, meningkatkan pengeluaran air mani dan jumlah sperma lelaki. 

Dengan adanya VITA E boleh la anda suami isteri berusaha bersama-sama untuk mendapatkan anak. Jangan mengharapkan pada isteri sahaja. Sokongan suami juga perlu di dalam hal ini. 

Ingin dapatkan supplement kesuburan lelaki shaklee?

COD SHAKLEE AREA :
TAMPOI / TAMAN DAHLIA / TAMAN KEMAS / TAMAN CEMPAKA / DAMANSARA ALIFF / TAMAN PERLING / BUKIT INDAH / TAMPOI UTAMA / BANDAR BARU UDA / TAMAN JOHOR / KEMPAS / SETIA TROPIKA  / GELANG PATAH

 POS SETIAP HARI SEMENANJUNG MALAYSIA / SABAH SARAWAK

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

NURMALA SURATANNI
ID : 1224878
CONTACT NO : 013 2712089
www.duniacantikluna.blogspot.com
FACEBOOK : LUNA MOONFANG
INSTAGRAM : LUNA.SHAKLEE