27 July 2016

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU : DIFTERIA

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU : DIFTERIA

APA ITU DIFTERIA?

Difteria adalah jangkitan bakteria yang berpunca daripada Corynebacterium difteria (C. difteria). Penyakit ini menyerang bahagian atas mukosa saluran pernafasan dan kulit yang terluka. Tanda-tanda yang dapat dirasakan ialah sakit tekak dan demam secara tiba-tiba disertai tumbuhan membran kelabu melitupi tonsil serta bahagian saluran pernafasan.
Pembawa kuman ini adalah manusia sendiri dan ia amat sensitif kepada faktor-faktor alam sekitar seperti kekeringan, kepanasan dan sinaran matahari. Difteria disebarkan daripada kulit, saluran pernafasan dan sentuhan dengan pesakit difteria itu sendiri. Kadar kematian akibat difteria paling tinggi dalam kalangan bayi dan orang tua dan kematian biasanya berlaku dalam masa tiga hingga empat hari.
Rawatan bagi penyakit ini termasuk antitoksin difteria yang melemahkan toksin dan antibiotik. Erythromycin dan penisilin membantu menghapuskan bakteria dan menghentikan pengeluaran toksin. Umumnya difteria boleh dicegah melalui vaksinasi. Bayi, kanak-kanak, remaja, dan orang dewasa yang tidak mempunyai cukup pelalian memerlukan suntikan booster setiap 10 tahun.
Difteria merupakan penyakit berjangkit yang tersebar dengan sentuhan fizikal langsung atau menghidu titisan pernafasan pesakit. Penyakit diphtheria biasa dalam sejarah, kini, diphtheria kebanyakannya terhapus dalam negara maju melalui kempen pelalian. 
Penguat pelalian dicadangkan bagi orang dewasa kerana kekuatan pelalian merosot menurut usia tanpa pendedahan berterusan; ia terutamanya dicadangkan bagi mereka yang mengembara di kawasan di mana penyakit ini belum dihapuskan.

TANDA-TANDA DIFTERIA :
Bentuk pernafasan memiliki tempoh pengeraman 2–5 hari. Permulaan penyakit biasanya secara perlahan-lahan. Simptom termasuk lesu, deman, sakit kerongkong serdahana dan masalah menelan ("Dysphagia"). Kanak-kanak yang dijangkiti mengalami simptom yang termasuk mual, muntah, sejuk, dan demam yang tinggi, sungguhpun sesetengah tidak menunjukkan simptom sehingga jangkitan telah berkembang lanjut. Dalam 10% kes pesakit mengalami bengkak di bahagian leher, biasanya digelar "leher lembu/bull neck." Kes ini biasanya dikaitkan dengan risiko kematian yang lebih tinggi.
Tambahan kepada simptom pada tempat jangkitan (sakit kerongkong), pesakit mungkin mengalami tanda-tanda lebih umum, seperti lesu, pucat, dan degupan jantung pantas ("Tachycardia"). Simptom ini disebabkan oleh toksin yang dibebaskan oleh bakteria. Tekanan darah rendah mungkin terjadi pada pesakit sebegini. Kesan jangka panjang toksin difteria termasuk kardiomyopathi dan peripheral neuropathy (sensory type). Bentuk luka difteria sering kali merupakan jangkitan kedua penyakit kulit sedia ada. Tanda-tanda jangkitan difteria bentuk luka menonjol purata selepas tujuh hari selepas kemunculan penyakit kulit utama.

SILA PASTIKAN ANAK ANDA MENDAPAT VAKSIN YANG SEPATUTNYA BAGI MENCEGAH PENYAKIT DIFTERIA DAN BAGI MENCEGAH IA DARIPADA MEREBAK.

DAPATKAN SUPPLEMENT UNTUK ANAK ANDA BAGI MENINGKATKAN IMMUNE SYSTEM BADAN MEREKA.
HUBUNGI SAYA UNTUK KONSULTASI PERCUMA.


COD SHAKLEE AREA :
TAMPOI / TAMAN DAHLIA / TAMAN KEMAS / TAMAN CEMPAKA / DAMANSARA ALIFF / TAMAN PERLING / BUKIT INDAH / TAMPOI UTAMA / BANDAR BARU UDA / TAMAN JOHOR / KEMPAS / SETIA TROPIKA  / GELANG PATAH

 POS SETIAP HARI SEMENANJUNG MALAYSIA / SABAH SARAWAK

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

NURMALA SURATANNI
ID : 1224878
CONTACT NO : 013 2712089
www.duniacantikluna.blogspot.com
FB : Luna Moonfang
IG : LUNA.SHAKLEE

No comments:

Post a Comment