18 September 2016

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU : ENFUSELLE SET SKINCARE UNTUK MUKA KERING DAN BERMINYAK

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU : ENFUSELLE SET SKINCARE UNTUK MUKA KERING DAN BERMINYAK


Kali ni nak share mengenai set skincare. Maklum la zaman sekarang ni terlalu banyak produk skincare di pasaran. Siap ada yang flawless cerah seawal 24 jam! Amboi, bahaya tu kalau kesan seawal 24 jam. 

Memang semua nak cantik tapi tolong berjaga-jaga dalam memilih produk. Kenal pasti apa yang terkandung di dalam produk tersebut. Apa yang paling penting selamat digunakan. 
Biasanya produk yang memberi kesan awal, apabila anda stop penggunaannya muka anda akan menjafi kusam atau gelap. Betul tak?

Sebelum ni saya gunakan NUTRIWHITE GENTLE DEEP CLEANSER. Lama juga bertahan untuk satu tube. Kenapa bertahan lama? Kerana anda hanya perlu picit sedikit sahaja sudah cukup untuk mendapatkan buih yang banyak.

Saya mengalami masalah pori terbuka dia kawasan tepi hidung dan bawah mata. Bukan itu sahaja di bahagian hidung juga terdapat banyak blackhead. Tangan pula pantang kalau ada blackhead ni. Nak memicit je.

Jadi saya try pula ENFUSELLE (NORMAL TO OILY). Saya try PURIFYING CLEANSING GEL, EYE TREATMENT DAN PURIFYING TONER.
Memang rasa excited untuk cuba. Mula-mula percubaan cuci muka dengan cleansing gel. Serious! Rasa lembut. Lepas bilas, keringkan muka saya guna toner. Nampak glowing nampak fresh. Malam sebelum tidur saya akan sapu eye treatment di bahagian keliling mata.

Hari kedua saya perasan pori yang terbuka dah mengecil. Ada perubahan. Seminggu guna muka memang nampak lain. Nampak lebih bersih dan lembut.

Seterusnya saya akan dapatkan balancing moisterizer untuk completekan set skincare saya. Insyallah. 

Anda mempunyai masalah muka berminyak? Masalah muka kering?
Anda boleh dapatkan ENFUSELLE (NORMAL TO DRY) dan ENFUSELLE (NORMAL TO DRY). Bergantung kepada masalah kulit muka anda. Selanjutnya boleh dapatkan konsultasi secara percuma dari saya.

COD SHAKLEE AREA :
TAMPOI / TAMAN DAHLIA / TAMAN KEMAS / TAMAN CEMPAKA / DAMANSARA ALIFF / TAMAN PERLING / BUKIT INDAH / TAMPOI UTAMA / BANDAR BARU UDA / TAMAN JOHOR / KEMPAS / SETIA TROPIKA  / GELANG PATAH

 POS SETIAP HARI SEMENANJUNG MALAYSIA / SABAH SARAWAK

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

NURMALA SURATANNI
ID : 1224878
CONTACT NO : 013 2712089
www.duniacantikluna.blogspot.com
FB : Luna Moonfang
IG : LUNA.SHAKLEE

17 September 2016

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU : KURUS DENGAN BAJET YANG MAMPU MILIK

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU : KURUS DENGAN BAJET YANG MAMPU MILIK





Bercakap mengenai artikel dia atas, penduduk gemuk di Malaysia mencecah sehingga 4.4 juta orang! Bukan satu angka yang kecil. Tahukah anda bahaya yang menanti sekiranya anda adalah salah seorang pesakit obesiti?

Banyak cara untuk menghilangkan berat badan, namun disiplin juga amat penting bagi menurunkan berat badan. Tidak dinafikan banyak produk pelangsingan dinpasaran sekarang sama ada yang mahal mahupun murah. Perlu diingatkan anda harus berhati-hati dalam memilih produk pelangsingan. Produk pelangsingan yang murah bukan sahaja di ragui keberkesanannya malah ianya boleh membahayakan kesihatan dalaman.

Ada juga yang sanggup melaburkan ribuan ringgit bagi proses menyedut lemak dan sesi pelangsingan. Itu bagi mereka yang mempunyai duit yang lebih. Persoalannya bagaimana pula bagi anda yang tidak berkemampuan untuk melaburkan duit sehingga ribuan ringgit?

Jangan risau. Duit bukan alasannya. Shaklee menawarkan produk pelangsingan yang mengikut bajet anda. Apa yang penting anda perlu berdisiplin dalam mengamalkan secara konsisten.


YES PACK HEALTHY FITNESS menawarkan beberapa produk khusus untuk anda yang ingin menurunkan berat badan. Antaranya ialah VITA LEA, LECITHIN, HERB-LAX, CINCH TEA dan CINCH.

Bagaimanapun anda masih boleh mengikut bajet anda jika anda tidak mampu untuk mendapatkan kesemuanya. Inginkan maklumat lanjut? Hubungi saya segera.

COD SHAKLEE AREA :
TAMPOI / TAMAN DAHLIA / TAMAN KEMAS / TAMAN CEMPAKA / DAMANSARA ALIFF / TAMAN PERLING / BUKIT INDAH / TAMPOI UTAMA / BANDAR BARU UDA / TAMAN JOHOR / KEMPAS / SETIA TROPIKA  / GELANG PATAH

 POS SETIAP HARI SEMENANJUNG MALAYSIA / SABAH SARAWAK

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

NURMALA SURATANNI
ID : 1224878
CONTACT NO : 013 2712089
www.duniacantikluna.blogspot.com
FB : Luna Moonfang
IG : LUNA.SHAKLEE


05 September 2016

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU : VIRUS ZIKA DAN CARA WANITA MENGANDUNG ELAK ZIKA?

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU : VIRUS ZIKA DAN CARA WANITA MENGANDUNG ELAK ZIKA?

1. Assalamualaikum Warahmatullah buat semua.

2. Apabila berita tersebar berkenaan virus Zika telah ditemui di Malaysia. Semua panik dan jadi tak keruan secara khusus ibu-ibu mengandung. Ketakutan yang amat sangat bukan kepada diri sendiri, tetapi risaukan kandungan di dalam perut.

3. Virus ini memberi kesan seumur hidup kerencatan otak dan saraf kepada bayi yang dikandung. Apa yang lebih menakutkan, jangkitan Zika itu berlaku melalui gigitan nyamuk aedes sebagaimana jangkitan denggi diperolehi. Kita semua tahu betapa mudah dan seriusnya serangan aedes di Malaysia yang membawa kepada demam denggi. Sekarang ini Zika pula.

4. Virus Zika ini, tidak ada ubat dan tidak ada vaksin untuknya. Perubatan moden masih bertungkus lumus mencari solusi untuk melindungi penduduk dunia. Sebaik-baik nasihat yang mampu diberikan adalah elakkan punca dan sebab dari digigit nyamuk aedes dan pantau simptom Zika pada tubuh seumpama ruam, sakit sendi, mata merah dan lain-lain. Mengelak diri dari digigit nyamuk umpama cuba mengelak dari terkena matahari. Ianya mungkin tetapi terlalu sukar rasanya buat semua. Tapi apapun kita tidak ada pilihan.

5. Sekarang kita tahu hanya kaedah PREVENTION satu-satunya jalan untuk mengelakkan Zika. Halang gigitan nyamuk aedes dan amalkan pemakanan yang menguatkan immune tubuh si ibu dan bayi dalam kandungan.

6. Saya ingin berkongsi kenangan ketika isteri mengandung anak pertama sewaktu saya masih lagi pelajar di Egypt. Menjadi rutin bulanan bersama Pakar Sakit Puan Prof Azzah, beliau berikan saya satu nasihat yang melekat dalam minda sehingga hari ini dan diamalkan. Nasihat ini sering saya kongsikan dengan semua ibu-ibu mengandung.

7. Sebagaimana rutin biasa bagi ibu mengandung WAJIB amal supplement Folic Acid atau Obimin. Berkali-kali diingatkan risiko tulang belakang bayi tidak berkembang dengan baik serta tumbesaran otak tidak sempurna serta masalah saraf pada bayi boleh berlaku kesan kerana kekurangan nutrisi penting. Folic Acid diperlukan untuk elakkan perkara itu berlaku. Maklumlah, ibu mengandung loya tekak, tidak berselera dan lain-lain lagi yang menyebabkan bukan sekadar ibu longlai lemah tanpa nutrisi yang cukup, bayi dalam kandungan boleh menjadi rencat otak dan tumbesaran kerana tidak cukup zat yang diperlukan ketika membesar di dalam kandungan. Saya beri perhatian serius berkenaan nasihat tersebut.

8. Satu hari, semasa rutin pemeriksaan bulanan ibu dan bayi bersama Prof Azzah. Prof katakan kepada saya: "Aidil, mahu tak aku kongsi satu nasihat, jika isteri kamu amalkan dia tidak perlu ambil Folic Acid bahkan amalan ini lebih baik dari Folic Acid". Saya menjawab: "Toba'n" membawa maksud sudah pasti di dalam bahasa Arab.

9. Berkata Prof Azzah: "Pastikan isteri kamu ambil 7 biji kurma sehari semalam. Dia tidak perlu lagi ambil Folic Acid kerana di dalam kurma tersebut terdapat semua khasiat yang diberi Folic Acid dan juga khasiat yg tidak terdapat di dalam Folic Acid". Waktu itu saya agak terkejut juga sebab amat jarang berjumpa doktor yang tidak menyuruh mengambil ubat atau apa-apa suppliment sintetik. Tetapi di Egypt itu biasa. Ini mungkin kerana farmasi dan konsultasi kedoktoran tidak berada satu bumbung, maka nasihat yang diberi lebih tulus tanpa kepentingan. Apa sahaja ubat tidak dapat diperolehi di hospital atau klinik. Mesti dibeli di farmasi luar yang tidak ada kena mengena dengan doktor yang memberikan konsultasi.

10. Sama juga suasana apabila anak yang telah dilahirkan batuk berkahak, saya ke farmasi di Egypt yang kebanyakan di sana pemilik farmasi merupakan pemilik phd dan juga ahli dalam bidang ubat-ubatan. Saya sebutkan berkenaan keadaan anak yg batuk-batuk berkahak dan mohon "advice" ubat yg sesuai. Beliau menjawab: Tak perlu beri ubat lagi, kamu pergi ke kedai attar (jual rempah ratus) dan beli yansun (anise) dan minumkan kepada anak kamu. Jika batuk dan kahak berlarutan baru datang semula ke sini atau berjumpa doktor. Setelah dicuba alhamdulillah berkesan tanpa perlu ke farmasi semula atau bertemu doktor. Ajaib bukan?, seorang pemilik farmasi menolak pelanggan dan memberikan nasihat pemakanan kepada pelanggan kerana itu solusi yg paling baik sebelum menjadikan ubat sintetik dan supplement sintetik sebagai rawatan.

11. Saya melalui peristiwa sebegini terlalu banyak, rupanya keadaan itu adalah dari ucapan Imam Ar-Razi berkenaan Prinsip Perubatan Islam;

‎إذا استطاع الطبيب أن يعالج المريض بالأغذية من غير الأدوية فقد وافق السعادة

Maksudnya: Jika seorang doktor mampu merawat pesakit menggunakan makanan tanpa ubatan maka dia telah menepati falsafah kebahagian.

12. Rupa-rupanya kini baru saya sedar dan tahu, bab pemakanan merupakan cabang  penting kepada Perubatan Moden. Bahkan di dalam Kementerian Kesihatan juga terdapat bahagian pemakanan. Mungkin bahagian ini yang kita faham dalam bahasa canggih hari ini sebagai "Functional Food" atau "Functional Medicine". Mungkin...main agak ja aku hahaha.

13. Tetapi perlu diingat, pemikiran mengamal pemakanan untuk kesihatan hanya kita temukan ketika bersama Doktor-doktor pakar sahaja dan yg dah Otai. Jika doktor-doktor fresh graduate, silap-silap jadi pergaduhan. Keluar ucapan-ucapan pelik; "kalau dah makanan dah boleh sembuh semua, tutup habis la semua hospital". "Semua minyak bahaya untuk kesihatan walaupun minyak kelapa dara dan minyak zaitun". Krik krik krik dah ala-ala pak ustaz jadian yg menjaja "makanan sunnah" dengan gaya emosi. Situasi camni saya temukan berkali-kali akhirnya saya tanyakan kepada beberapa pakar dalam perubatan Allopathy kenapa keadaan ini seolah-olah berlaku pertembungan? Ada yang jawab panjang lebar yang memuaskan hati dan ada yang secara berseloroh: "Doktor baru graduate tu. Nanti cerdik tambah ok la. Makanan juga sebahagian perkara penting dalam dunia perubatan". Terbaru seorang sahabat bertemu 2 doktor kerana dia rasakan mungkin ada masalah jantung. Kedua-dua tempat klinik/hospital yang beliau pergi mengatakan hanya gastrik. Akhirnya dia pergi bertemu pakar jantung. Hanya dengan beberapa soalan, otai pakat jantung ni boleh menyebut: sekurang-kurang ada 2 block. Setelah diagnos, betul sebagaimana dikatakan. Kata Otai jantung ini: "Nanti lepas operation pergi jumpa doktor yang kata gastrik tu dan bagi penampar sekali dan kata saya yang suruh" sambil membebel berkenaan simptom gastrik dan jantung ada kesamaan. Bukan ini yang nak saya kongsikan, nak share berkenaan ilmu ini luas dan setiap manusia ada kelebihan masing-masing. Jangan hinakan sesiapa selagi pendapat yang dipegang berlandaskan fakta dan kajian saintifik. Semua berusaha memberikan kebaikan kepada semua. Pemakanan dan perubatan pelengkap antara satu sama lain.

14. Berbalik kepada kisah isteri yang amalkan kurma setiap hari 7 biji, ditambah amalan dengan minyak zaitun. Alhamdulillah itulah amalan yang dilakukan tanpa henti apabila mengandung. Rawatan susulan doktor Pakar Sakit Puan tidak ditinggalkan dan semua nasihat doktor diikuti. Semua anak-anak sihat walafiat. Bertenaga ketika mengandung, setelah bersalin juga sihat alhamdulillah.

15. Apa yg menarik berkaitan kurma yg berperanan kepada tulang belakang, otak dan saraf dalam kandungan. Kurma juga energi segera kepada ibu yg sedang mengandung. Ditambah dengan minyak zaitun yg terdapat banyak journal yang membuat kajian mengenai bagaimana virus HIV terkepung dengan peranan "oleuropin" dan "hydroxytyrosol" yang terdapat di dalam minyak zaitun. Lebih-lebih lagi Olivie 30 plus yg mempunyai kandungan hydroxytyrosol 30 kali lebih dari Minyak Zaitun biasa. Virus seolah tidak berfungsi di dalam tubuh pesakit.

16. Dalam keadaan kita mengikuti semua nasihat Pakar Kesihatan untuk mengelak dari terkena Virus Zika, mungkin amalan kurma dan minyak zaitun juga boleh dijadikan PEGANGAN kerana ia membantu pada tumbuseran bayi dan juga mempunyai kandungan yang membantu menghalang virus. Virus zika mampu dihalang sepenuhnya atau tidak, saya tidak tahu. Serahkan jawapan itu kepada pakar, tetapi tidak rugi mencuba dalam keadaan kita tidak ada alternatif yang lain. Saya tanyakan soalan berhubung Zika kepada Dr Norman Norawi dan apa yang boleh diamalkan sebab virus ini tiada vaksin dan tiada ubat. Jawab beliau:

17. "Biasalah orang risau benda baru...padahal Zika ni hanya bahaya untuk perempuan mengandung...denggi tu jauh lebih merbahaya sbb membunuh lebih ramai orang. Viral infection ini benda yang paling baik membunuh virus sebenarnya Minyak Kelapa Dara & Vitamin C. Klu risau tentang zika boleh ambik minyak kelapa dara setiap hari dan dos vitamin C yg tinggi...2000mg sehari. Pemakanan sihat yg lain perlu diamalkan setiap hari".

18. Dari itu apabila ditanya apa perlu dilakukan bagi ibu mengandung untuk menghadapi Zika? 5 perkara perlu dilakukan;

- Sentiasa update makluman dari KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA cara pencegahan dan maklumat terkini.

- Amalkan kurma 7 biji setiap hari. Tak payah cari kurma mahal-mahal pun. Cari yang sedap di mulut dan kurma real dari bumi Madinah/ Palestin/ Mesir/ Jordan dan lain-lain. Jangan pula made in China and Thailand.

- Amalkan Minyak Kelapa Dara / Minyak Zaitun Olivie 30 Plus.

- Amalkan Jus Delima kerana terdapat Vitamin C di dalamnya.

- Berdoa kepada Allah agar kita tidak diuji dengan ujian yang kita tidak mampu tanggung serta beristigfarlah sebanyaknya atas segala dosa kesalahan kita.

Apabila telah berusaha, serah bakinya kepada Allah. Setiap ujian ada hikmahnya. Tak yah over thinking!

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU : SUMBER MAKANAN VITAMIN E

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU : SUMBER MAKANAN VITAMIN E
SUMBER MAKANAN VITAMIN E

Minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian dan semua bijirin. Beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan,  susu,  oat, kacang soya, ubi kentang, gandum.

APAKAH KANDUNGAN DI DALAM VITAMIN E SHAKLEE?
VITA-E COMPLEX mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E.

Setiap kapsul gel lembut memberikan:

•    400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium.
•    Membantu dalam memelihara kesihatan baik.
Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.

FUNGSI DAN KEBAIKAN VITAMIN E SHAKLEE
-  Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
- Memperbaiki peredaran darah
- Memperbaiki tisu
- Melindungi paru-paru dari pencemaran udara
- Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan
- Mengurangkan parut dan masalah jerawat
- Mengurangkan tekanan darah
- Membantu dalam pencegahan penyakitb katarak
- Meningkatkan prestasi atlit dengan mengendurkan otot kaki dari kekejangan
- Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan menguatkan dinding kapilari
- Menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat
- Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk)
- Merendahkannkadar kolesterola
- Membantu mencegah pertumbuhan abnormal sel terutama kanser
- Meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki
- Juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri
- Membantu kawasan gelap areola mengecil dan warna puting menjadi cerah semula
- Membantu mengurangkan kesakitan ketika pre-menstrual
- Mengatasi masalah kedinginan dalam perhubungan suami isteri di kalangan ibu menyusu

PERBEZAAN VITA E SHAKLEE DENGAN VITAMIN E DI PASARAN

1. Vitamin E Shaklee adalah bersumberkan asli - natural/organic - ia lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber kimia/tiruan

2. Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate - membuktikan ianya from natural source. Untuk info, satu huruf 'l' or 'dl' menunjukkan ia sumber tiruan or kimia - bahaya untuk tubuh anda. (check yours now!)

3. Mengandungi 400IU, lengkap dengan Selenium (as selenium yeast) untuk memastikan penyerapan pada tubuh dengan lebih sempurna

4. Terkini, vitamin E Shaklee kini diperkaya dengan ramuan tambahan iaitu ekstrak biji anggur. Kandungan ekstrak biji anggur mengandungi unsur aktif polifenol..secara ringkasnya, apa yang polifenol dapat lakukan:

  * Mengurangkan kerosakan radikal bebas pada sel saluran darah-     membantu melindungi daripada sakit jantung
 *  Memperbaiki kulit dari dalam-memperbaiki penghidratan kulit dan   mengurangkan kemerahan kulit yang disebabkan oleh pendedahan kepada sinaran UV;
*   Merendahkan tekanan darah; d
*   Mengurangkan pembentukan kolesterol

Selain itu, vitamin E boleh juga digunakan sebagai masker.

CARA-CARA MEMBUAT MASKER VITAMIN E SHAKLEE :

Sapu sebiji vitamin E sebelum tidur.Caranya, vitamin E tu cucuk dgn jarum dan picit perlahan-lahan sampai keluar minyak vitamin E dan sapu keseluruh muka nipis-nipis.

COD SHAKLEE AREA :
TAMPOI / TAMAN DAHLIA / TAMAN KEMAS / TAMAN CEMPAKA / DAMANSARA ALIFF / TAMAN PERLING / BUKIT INDAH / TAMPOI UTAMA / BANDAR BARU UDA / TAMAN JOHOR / KEMPAS / SETIA TROPIKA  / GELANG PATAH

 POS SETIAP HARI SEMENANJUNG MALAYSIA / SABAH SARAWAK

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

NURMALA SURATANNI
ID : 1224878
CONTACT NO : 013 2712089
www.duniacantikluna.blogspot.com
FB : Luna Moonfang
IG : LUNA.SHAKLEE

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU : PEPPERMINT GINGER PLUS PILIHAN UNTUK HILANGKAN ANGIN DALAM BADAN

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU : PEPPERMINT GINGER PLUS PILIHAN UNTUK HILANGKAN ANGIN DALAM BADAN



Angin dalam badan memang akan membuatkan kita rasa tidak selesa. Perut rasa sebu, rasa sendawa yang tidak lepas dan banyak lagi yang serba tidak kena. Banyak tips yang boleh membuang angun dalam badan.

Halia merupakan salah satu agen yang boleh membantu membuang angin dalam badan. Ada yang minum air rebusan halia dan macam lagi.

Tahukah anda shaklee turut terdapat PEPPERMINT GINGER PLUS untuk menghilangkan angin dalam badan?


Beberapa hari lepas saya mendapat panggilan dari seorang customer yang ingin mendapatkan peppermint ginger plus untuk membuang angin dalam badan. Hasil daripada bantuan google beliau mendapatkannya secara COD di Taman Dahlia berikutan lokasi yang paling terdekat.

Peppermint ginger plus mengandungi halia dan juga bahan lain yang mampu melegakan badan. Makan 3 biji selepas makan untuk melegakan masalah angin dalam badan. Ia juga boleh dicampur bersama air suam untuk rasa yang lebih dingin.

Anda mencari alterntif untuk menghilangkan masalah angin dalam badan? Anda boleh cuba peppermint ginger plus.
Untuk kawasan yang betdekatan anda boleh COD di kawasan berdekatan Taman Dahlia, Bandar Baru Uda, Tampoi, Kempas, Setia Tropika, Taman Kemas, Perling dan Taman Damasara Aliff.
Saya juga membuat pengeposan untuk lain-lain kawasan termasuk Sabah dan Sarawak.


COD SHAKLEE AREA :


TAMPOI / TAMAN DAHLIA / TAMAN KEMAS / TAMAN CEMPAKA / DAMANSARA ALIFF / TAMAN PERLING / BUKIT INDAH / TAMPOI UTAMA / BANDAR BARU UDA / TAMAN JOHOR / KEMPAS / SETIA TROPIKA  / GELANG PATAH

 POS SETIAP HARI SEMENANJUNG MALAYSIA / SABAH SARAWAK

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

NURMALA SURATANNI
ID : 1224878
CONTACT NO : 013 2712089
www.duniacantikluna.blogspot.com
FB : Luna Moonfang
IG : LUNA.SHAKLEE



PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU : PROMOSI SHAKLEE SEPTEMBER 2016

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU : PROMOSI SHAKLEE JOHOR BAHRU

Bulan September ni memang excited dengan promosi bulan ni sebab dua barang yang memang hot item. 


Tadaa!
Promosi untuk bulan September ni ESP dan juga VITA C PLUS. Dua item ni memang kombinasi yang baik untuk set kecantikan. Ia amat sesuai untuk mereka yang mengalami masalah jerawat, kulit muka kusam dan banyak lagi.

Promosi twinpack ESP dan vita lea yang menawarkan diskaun sebanyak 5% dengan pembelian sebanyak 2 botol. Dan anda boleh menikmati lebih jimat dengan pembelian 6 botol percuma 1! Jimatkan?

Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi saya.


COD SHAKLEE AREA :
TAMPOI / TAMAN DAHLIA / TAMAN KEMAS / TAMAN CEMPAKA / DAMANSARA ALIFF / TAMAN PERLING / BUKIT INDAH / TAMPOI UTAMA / BANDAR BARU UDA / TAMAN JOHOR / KEMPAS / SETIA TROPIKA  / GELANG PATAH

 POS SETIAP HARI SEMENANJUNG MALAYSIA / SABAH SARAWAK

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

NURMALA SURATANNI
ID : 1224878
CONTACT NO : 013 2712089
www.duniacantikluna.blogspot.com
FB : Luna Moonfang
IG : LUNA.SHAKLEE