15 August 2016

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU : KEBAIKAN DAN KELEBIHAN SET IBU HAMIL SHAKLEE

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU : KEBAIKAN DAN KELEBIHAN SET IBU HAMIL SHAKLEE

Semasa mengandung semestinya ibu amat mengambil berat tentang pemakanan bagi memastikan perkembangan bayi di dalam perut sihat. Ketika mengandung juga la kesihatan si ibu boleh terjejas akibat anemia, kencing manis, darah tinggi dan banyak lagi.

Mungkin banyak petua pemakanan yang boleh diambil ketika mengandung bagi memastikan kesihatan si ibu dan bayi sentiasa sihat. Namun tahukah anda vitamin juga dapat membantu dalam memberi nutrisi dan kesihatan yang baik untuk si ibu dan bayi dalam kandungan?


KEBAIKAN DAN KELEBIHAN SET IBU HAMIL SHAKLEE : 

ASID FOLIC (B-COMPLEX SHAKLEE) adalah bertujuan untuk melindungi bayi dari kecacatan saraf tunjang. Ia juga melindungi ibu daripada risiko kanser dan strok.

ZAT BESI ( VITALEA IRON FORMULA ) membantu mencegah anemia ( kekurangan darah ) dan masalah dengan sel darah merah seterusnya mengurangkan risiko kelahiran bayi pra matang dan kurang berat badan ketika hamil.

EPA / DHA ( OMEGA GUARD ) membantu dalam perkembangan otak bayi dalam kandungan seterusnya membantu mengawal tekanan darah ibu dan melancarkan peredaran darah ibu. Juga membantu mengawal kenaikan berat badan si ibu semasa hamil.

KALSIUM ( OSTEMATRIX ) yang menenangkan sistem saraf dan otot (tidur pun lena tu..) serta membantu melancarkan peredaran darah. Mengelakkan kekejangan dan sembelit seterusnya membantu perkembangan tulang dan gigi ibu dan bayi.

VITAMIN C ( SUSTAINED RELEASE VITA C PLUS ) membantu meningkatkan sistem pertahanan badan (sistem imunisasi badan), berperanan dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh.

ENERGIZING SOY PROTEIN ( ESP ) membantu perkembangan sel tubuh bayi dalam kandungan, memberi rasa kenyang lebih lama pada si ibu, cergas dan bertenaga. Seterusnya kulit baby yang bakal lahir juga lebih cantik dan gebu.Insha Allah.
Dalam masa yang sama ibu mengandung tidak harus bergantung kepada vitamin tambahan semata-mata kerana ia cuma pelengkap. Ibu mengandung juga wajib menjaga pemakanan seimbang dan bernutrisi tinggi.

Cadangan Set Ibu Hamil Shaklee terbahagi mengikut trimester iaitu :

TRIMESTER 1 ( ESP, Vitalea Iron Formula, Sustained Release Vita-C Plus, B-Complex, Ostematrix )
TRIMESTER 2 & 3 ( ESP, Omega Guard,Vitalea Iron Formula, Sustained Release Vita-C Plus, B-Complex, Ostematrix)
Semoga membantu untuk yang memerlukan. Sayangi badan sendiri dan anak-anak anda.

 Mahu bertanya lanjut dengan harga istimewa?

COD SHAKLEE AREA :
TAMPOI / TAMAN DAHLIA / TAMAN KEMAS / TAMAN CEMPAKA / DAMANSARA ALIFF / TAMAN PERLING / BUKIT INDAH / TAMPOI UTAMA / BANDAR BARU UDA / TAMAN JOHOR / KEMPAS / SETIA TROPIKA  / GELANG PATAH

 POS SETIAP HARI SEMENANJUNG MALAYSIA / SABAH SARAWAK

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

NURMALA SURATANNI
ID : 1224878
CONTACT NO : 013 2712089
www.duniacantikluna.blogspot.com
FB : Luna Moonfang
IG : LUNA.SHAKLEE

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU : 5 PETUA BANYAKKAN SUSU IBU SEMASA BERPANTANG

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU : 5 PETUA BANYAKKAN SUSU IBU SEMASA BERPANTANG

5 PETUA BANYAKKAN SUSU IBU SEMASA BERPANTANG

Testimonial Penyusuan
Ramai ibu yang kurang bernasib baik untuk mempunyai susu yang banyak secara semulajadi namun dengan amalan petua yang betul, ia tak menjadi masalah lagi. Masa awal-awal kelahiran, 2-3 hari macam tu, memang susu ibu tak banyak kerana bayi hanya perlukan sedikit kolustrum yang pekat untuk permulaan hidupnya. Jangan pula ibu terus down dan berikan susu formula..

Ramai ibu yang bekerja akan mula menyimpan stok sewaktu berpantang. Jadi 5 petua untuk banyakkan susu ibu semasa berpantang sangat elok diamalkan seawal mungkin.

Petua Banyakkan Susu Ibu Semasa Berpantang

1. PERAH SUSU IBU
Semasa sedang berpantang ni, bonding dengan baby mula dibina. Jadi, sentiasa berikan hanya susu badan secara terus. Bila bayi telah lena, perah susu badan untuk memastikan payudara benar-benar kosong. Petua penting ni..supaya walau baby minum sikit, demand tetap ada. Jika bayi hanya minum di sebelah payu dara, perah payu dara sebelah lagi. Boleh guna pump atau marmet. Lagi rajin ibu perah, lagi banyak susu ibu yang bakal terhasil. Susu perahan atau EBM ni jangan pula diberikan pada bayi diperingkat awal. Hanya guna masa 2 minggu sebelum mula bekerja itupun bukan setiap masa. Mula dengan sehari sekali EBM semasa 2 minggu sebelum mula bekerja sebagai latihan untuk bayi.

Jika ibu rasa sangat penat kerana waktu berpantang inilah badan sedang nak recover, ibu sangat digalakkan untuk mengambil Energizing Soy Protein (ESP) dan VITALEA sebagai pelengkap nutrisi dan penambah tenaga. Yang paling best, supplemen ESP  dan VITALEA ni dapat membantu banyakkan susu ibu semasa berpantang. Kenapa? Sebab badan sihat memainkan peranan untuk banyakkan susu. Bonus, badan ibu lebih cepat pulih dari lepas bersalin dan kulit lebih cantik.

2. MINUM BANYAK AIR KOSONG
Oleh kerana susu ibu sememangnya dari air jadi ibu kena pastikan minum cukup air masak, sekurang-kurangnya 2 liter. Dalam kita berpantang ni, petua penting.. pantang juga minum air sejuk, kang sampai ke kaki dan satu badan sejuk. Kalau nak minum sekali sekala bolehlah. Saya pun tak ada la tak minum langsung. Air suam panas sangat bagus dan sesuai. Minum banyak. Jangan takut dan tahan-tahan kencing. Nanti penyakit lain pula yang datang. Minum banyak air kosong penting untuk banyakkan susu ibu semasa berpantang dan menggantikan kehilangan air dari badan.

3. SUSU FORMULA IS NOT AN OPTION
Kalau kita dah ready dengan susu formula, selalunya kita akan cepat kalah dan menyerah. Paling bagus, jangan ada susu formula bayi dalam rumah dan jangan dengar suara-suara yang membuat kita tergugat. We mothers know best and susu ibu is the best! Petua nak tahan telinga adalah senyum dan angguk sahaja dan kesiankan orang yang berkata-kata itu. Kita manusia ja yang selalu buat susu formula sebagai option, padahal mamalia lain tak ada option selain breastfeeding. Susu formula adalah pilihan ke-4 selepas susu ibu sendiri, EBM dan susu ibu dari ibu susuan.

4. JAGA MAKAN MINUM
Ada makanan yang boleh menjejaskan pengeluaran susu ibu seperti kobis. Ia boleh buat susu ibu kering untuk kebanyakkan wanita. Ada minuman dan makanan yang menggalakkan susu ibu seperti susu, halba, lobak putih dan ALFALFA.  Amalkan makanan dan minuman yang tinggi kalsium dan protein seperti susu, brokoli dan ikan. Ini kerana komposisi susu ibu tinggi dari kedua-dua jenis nutrisi ini.Susu seperti teman sejati ibu-ibu yang menyusu sejak dari mengandung lagi. Namun, ramai juga yang tak lalu minum susukan. Jadi, pilihan yang bijak adalah mengambil OSTEMATRIX kalsium yang lengkap dengan magnesium dan vitamin D untuk meningkatkan penyerapan. Ia tak pernah mengecewakan. Malah dapat hilangkan sakit-sakit badan juga selain mengurangkan SEMBELIT.

5. SENTIASA POSITIF, YAKIN DAN JANGAN STRESS

Hari tu, masa sembang dengan geng whatapps, keluar statement .."susu memancut masa scene Shahnaz ".. peminat artis rupanya ibu tu. Dasyat tak... tengok wajah hero tv pun boleh letdown refleks.. Begitulah al kisahnya kalau kita gembira, insyaAllah susu pun suka ja nak keluar. Jadi, ibu jangan la pikir susah dan sedih sangat, Happy dan sentiasa positif. Allah pasti akan membantu. Yakin dengan kuasa Allah. Sometimes, emosi kita sampai ke anak tau. Jadi, nak anak happy, susu meriah kita pun kena happy2 ja.Selalunya, kalau anak dah masuk 2, 3, 4 dan seterusnya.. kesabaran tu tergugat juga dengan kerenah anak-anak lain..Betul? So macam mana nak maintain cool. Amalkan ambil B-COMPLEX yang bantu kawal emosi. Kita juga boleh minta tolong orang lain sementara kita nak bertenang. Jangan malu kerana kita sedang melakukan yang terbaik.

Jadi, kalau nak bantuan supplemen SET MENYUSU SHAKLEE dalam mengamalkan 5 petua banyakkan susu ibu semasa berpantang ni, boleh hubungi saya segera. Semoga dapat memberi semangat untuk ibu sekalian terus menyusukan anak walau keadaan apa sekalipun. Pasti ada jalan!



COD SHAKLEE AREA :
TAMPOI / TAMAN DAHLIA / TAMAN KEMAS / TAMAN CEMPAKA / DAMANSARA ALIFF / TAMAN PERLING / BUKIT INDAH / TAMPOI UTAMA / BANDAR BARU UDA / TAMAN JOHOR / KEMPAS / SETIA TROPIKA  / GELANG PATAH

 POS SETIAP HARI SEMENANJUNG MALAYSIA / SABAH SARAWAK

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

NURMALA SURATANNI
ID : 1224878
CONTACT NO : 013 2712089
www.duniacantikluna.blogspot.com
FB : Luna Moonfang
IG : LUNA.SHAKLEE

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU : OMEGA GUARD BANTU ANAK MUDAH BELAJAR

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU : OMEGA GUARD BANTU ANAK MUDAH BELAJAR


OMEGA GUARD bukan sahaja vitamin yang boleh dimakan oleh orang dewasa mahupun warga emas tetapi juga boleh diberi kepada kanak-kanak sejak dari umur 1 tahun ke atas. Pemakanan Omega Guard membantu otak kanak-kanak berkembang  baik dan menjadikan mereka lebih fokus dalam pembelajaran serta membantu untuk masalah anak lambat membaca.

KENAPA OMEGA GUARD BOLEH MEMBANTU ANAK-ANAK MUDAH BELAJAR?

Majoriti daripada otak adalah terdiri daripada lemak "baik" lemak yang dikenali sebagai asid lemak, dan majoriti ini asid lemak yang "baik" adalah Omega-3. Kajian telah menunjukkan bahawa diet yang kaya dengan Omega-3 boleh menyebabkan keupayaan pembelajaran meningkat, kemahiran menyelesaikan masalah, tumpuan, ingatan, dan komunikasi antara sel-sel. Omega-3 juga telah terbukti untuk membantu menggalakkan perasaan positif dan keseimbangan emosi, dan boleh membantu orang ramai mengekalkan keupayaan mental yang sihat seiring dengan peningkatan usia.

Disebabkan DHA mempengaruhi otak untuk terus berkembang, ia kini termasuk pemakanan yang diperlukan untuk kanak-kanak. Bukan sahaja bayi. Bukan sahaja kanak-kanak kecil tetapi juga kanak-kanak yang hampir remaja.

Pada usia 5 tahun misalnya otak kanak-kanak telah berkembang dan maju pada kadar tidak seperti mana-mana masa lain dalam kitaran hayat manusia. Sel-sel di dalam otak, retina, jantung dan bahagian-bahagian lain dalam sistem saraf masih berkembang, jadi pengambilan DHA harian yang mencukupi adalah penting.

BAGAIMANA OMEGA GUARD BOLEH MEMBANTU KANAK-KANAK MUDAH BELAJAR?

Dalam otak terdapat satu sel yang dinamakan neuron. Neuron adalah sel-sel yang menghantar mesej di seluruh otak dan ke bahagian badan yang lain. Membran ( atau dinding ) di sekitar neuron ini terdiri daripada lemak " baik". Bagi membolehkan neuron untuk berkomunikasi dengan betul, membran ini perlu fleksibel untuk membolehkan molekul penting untuk melaluinya. Beberapa faktor, termasuk umur dan diet yang tinggi kolesterol dan lemak tepu, boleh menyebabkan membran ini untuk mengeras dan kurang lembut. Ketegangan ini tidak membenarkan molekul yang diperlukan untuk tembus melalui neuron dengan betul dan boleh menyebabkan ketidakseimbangan mood, kesukaran dalam pembelajaran, sukar mengingati maklumat, dan penurunan lain dalam fungsi otak.

Sinaps: Omega-3 yang boleh membuatkan ia lebih mudah bagi isyarat untuk menyeberangi jurang antara sel-sel otak.

Dengan menambahkan diet kanak-kanak dengan Omega-3, ia boleh mengembalikan sifat fleksibel dan lembut membran sel terhadap neuron di dalam otak anak anda, menyebabkan peningkatan komunikasi sel dan fungsi otak.

Di samping itu, Omega- 3 memberi faedah terhadap fungsi otak dengan bertindak sebagai pembersih darah, menjadikan darah kurang melekit dan lebih cair . Ini membolehkan lebih banyak oksigen untuk sampai ke otak dan untuk memberi tenaga kepada otak.

 BAGAIMANA INGIN MEMBERI ANAK MAKAN OMEGA GUARD? 

Omega Guard berbentuk softgel. Terdapat beberapa cara bagaimana untuk memberi anak makan OMEGA GUARD

1. Jika anak berumur 1 tahun ke atas di mana masih tidak pandai untuk menelan, ibu boleh picit softgel omega, letak di dalam sudu dan suap terus ke mulut anak.
2. Jika cara 1 tidak dapat diterima anak, ibu boleh mencampurkan dalam makanannya dan digaul bersama.
3. Omega guard juga boleh dikunyah begitu sahaja.

4. Bagi anak yang dah mampu untuk menelan, maka mereka boleh makan dengan menelan 1 biji omega setiap hari atau selang sehari.

COD SHAKLEE AREA :
TAMPOI / TAMAN DAHLIA / TAMAN KEMAS / TAMAN CEMPAKA / DAMANSARA ALIFF / TAMAN PERLING / BUKIT INDAH / TAMPOI UTAMA / BANDAR BARU UDA / TAMAN JOHOR / KEMPAS / SETIA TROPIKA  / GELANG PATAH

 POS SETIAP HARI SEMENANJUNG MALAYSIA / SABAH SARAWAK

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

NURMALA SURATANNI
ID : 1224878
CONTACT NO : 013 2712089
www.duniacantikluna.blogspot.com
FB : Luna Moonfang
IG : LUNA.SHAKLEE

13 August 2016

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU : KENALI PENYAKIT PSORIASIS

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU : KENALI PENYAKIT PSORIASIS




Seseorang yang mempunyai penyakit psoriasis biasanya akan mengalami keadaan di mana terdapat di bahagian-bahagian tertentu pada kulit mereka yang bertompok-tompok dan bersisik.
Ia biasanya terdapat pada siku, lutut, kulit kepala, dada dan bahagian bawah belakang badan. Walau bagaimanapun, ianya boleh timbul di mana-mana permukaan kulit termasuk di bahagian sulit. Psoriasis juga boleh melibatkan kuku yang menjadi rapuh dan kekuningan dan ada juga yang mengalami masalah sendi-sendi (arthiritis).
Psoriasis sering disalah anggap sebagai penyakit kulit yang berjangkit seperti kurap tetapi ia tidak berjangkit sebenarnya. Anda tidak akan menghidap penyakit ini walaupun bersentuhan dengan pesakit psoriasis. Walau bagaimanapun, ramai beranggapan begitu oleh kerana keadaan fizikalnya yang mencacatkan rupa bentuk kulit seseorang pesakit itu.

Pesakit yang mengalami Psoriasis memerlukan rawatan berpanjangan untuk mengawal penyakitnya itu tetapi mereka juga memerlukan pemahaman yang baik tentang penyakit tersebut agar tidak menjejaskan keyakinan diri mereka.
Penyelidikan terhadap penyakit ini hanya menunjukkan bahawa ianya ada kaitan dengan faktor genetik. Namun apa yang menyebabkan ianya datang, pergi dan kembali semula mungkin disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti:
●Infeksi
●Reaksi terhadap sesetengah ubat-ubatan
●Kecederaan pada kulit
●Tekanan
●Cuaca
●Lain-lain faktor seperti merokok dan pengambilan alkohol

Faktor-faktor di atas juga boleh mempengaruhi kondisi psoriasis seseorang pesakit itu menjadi semakin teruk jika tidak mendapat rawatan.

Di Malaysia, lebih kurang 2% penduduk mengalami penyakit ini dan kebanyakannya muncul di peringkat dewasa walaupun terdapat kes-kes yang melibatkan kanak-kanak dan bayi.

Psoriasis sebenarnya adalah kondisi di mana sel-sel kulit mengalami kematangan yang lebih cepat
 dari biasa. Jika sel-sel biasa mengambil proses kitaran selama 28 sehingga 30 hari, sel-sel kulit psoriasis pula mengambil masa 3 sehingga 6 hari sahaja.

Akibatnya sel-sel ini bergerak ke atas menuju ke permukaan dengan cepat lalu menghasilkan sisik-sisik tebal yang jelas kelihatan. ianya juga mengakibatkan saluran darah di bawah kulit menjadi lebih lebar dan meningkatkan aliran darah.

Peningkatan bekalan darah ini menjelaskan kehadiran tompok-tompok bersisik ini dan menjadi merah apabila digaru dan mudah berdarah.

Psoriasis perlu dirawat dari dalaman. Anda boleh merawat penyakit psoriasis dengan SET ASAS PSORIASIS SHAKLEE.
Set asas psoriasis ini terdiri daripada ESP, B-COMPLEX, OMEGA GUARD dan juga VITA C PLUS. Setiap satunya mempunyai fungsi yang tersendiri bagi merawat psoriasis secara dalaman.


TESTIMONI SET PSORIASIS SHAKLEE
 

Anak customer berumur 12 tahun yang mengidap psoriasis di kepala mengamalkan omega guard dan  vita c plus dan hasilnya kulit kepala lebih bersih.

Anda mengamali masalah psoriasis?
Daparkan set asas psoriasis sekarang.

COD SHAKLEE AREA :
TAMPOI / TAMAN DAHLIA / TAMAN KEMAS / TAMAN CEMPAKA / DAMANSARA ALIFF / TAMAN PERLING / BUKIT INDAH / TAMPOI UTAMA / BANDAR BARU UDA / TAMAN JOHOR / KEMPAS / SETIA TROPIKA  / GELANG PATAH

 POS SETIAP HARI SEMENANJUNG MALAYSIA / SABAH SARAWAK

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

NURMALA SURATANNI
ID : 1224878
CONTACT NO : 013 2712089
www.duniacantikluna.blogspot.com
FB : Luna Moonfang
IG : LUNA.SHAKLEE



PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU : AMALAN BERPANTANG TRADISIONAL DAN MODEN

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU : AMALAN BERPANTANG TRADISIONAL DAN MODEN

Amalan berpantang selepas bersalin amat penting diamalkan bagi memberi kesihatan yang sempurna kepada ibu dan juga bertujuan bagi menguatkan rahim. Banyak jenis berpantang mengikut adat mahupun tradisi orang-orang lama. Berpantang secara tradisional dan juga secara moden.

Tetapi ada juga ibu yang tidak mengamalkan berpantang secara disiplin. Contohnya seperti tidak menjaga pemakanan. Berpantang secara tidak berdisiplin boleh mendatangkan banyak kemudaratan. Contoh seperti badan akan berasa seperti bisa-bisa, rahim tidak kuat, meroyan dan banyak lagi. Menolak amalan berpantang akan memberi kesihatan yang tidak baik kepada ibu pada masa yang akan datang.


Amalan berpantang tradisional

BERTUNGKU

Orang dulu-dulu amat menitikberatkan amalan bertungku. Alat yang digunakan adalah batu tungku atau besi padu yang dipanaskan di atas api dalam masa setengah atau satu jam. Tungku akan dibungkus dengan daun mengkudu atau daun sireh atau pun daun lengkuas bagi memberikan aroma terapi yang menyenangkan buat para ibu. Lapisan dedaun ini juga adalah untuk mengelakkan kain pembalut tungku hangus akibat kepanasan tungku. Amalan bertungku bertujuan menghangatkan badan dan rahim ibu, membuang angin dalam badan, mengecutkan urat yang kembang setelah bersalin dan melancarkan perjalanan darah.

BERURUT

Urutan dilakukan setiap pagi sebelum mandi atau selepas bertungku. Ia dijalankan selepas semingggu bersalin selama tiga hari berturut-turut. Ada juga yang meneruskan urutan pada penghujung pantang iaitu hari ke 42 atau 44, atau hari ke 60 dan ke 100 pantang, bergantung kepada tempoh seseornag itu mengamalkan berpantang. Ia bertujuan memulihkan kesegaran badan, melancarkan peredaran darah, membersihkan kulit mati dan memperkemaskan bahagian perut serta mempercepatkan pengeluaran darah nifas dan kekotoran.

MANDIAN SEMASA BERPANTANG

ada orang memandikan diri dengan air rebusan dedaun herba dan ada juga yang menjalani kaedah mandi lulur. Dilakukan selepas dua minggu. Antara daun yang digunakan adalah daun kunyit, lenggundi, secerek, pandan, lengkuas, serai wangi, daun inai, pisang kelat, mengkudu, rempah halba dan daun limau purut. Aroma mandian ini sangat menenangkan para ibu. Ia bertujuan mengeluarkan angin, mengendurkan otot, menghaluskan kulit dan awet muda.  

MEMAKAI BENGKUNG

memakai bengkung penting untuk mengembalikan kecantikan rubuh badan. Sebelum memakai bengkung, tepel disapu bersama minyak kayu putih, kapur sireh dan perahan limau nipis. Pada masa kini, banyak losyen pati halia juga bersesuaian digunakan semasa berbengkung. Ia membantu mengurangkan rasa sakit di perut, mengenpiskan perut dan mempercepatkan pengeluaran darah kotor. Selain itu ibu berpantang turut memakai param di badan untuk mengelakkan masuk angin serta di dahi untuk mengelakkan pening. 

PEMAKANAN

Makanan di awal proses setelah kelahiran ibu berpantang disyorkan makan makanan kering sahaja untuk mempercepatkan proses pengecutan rahim. Dilarang makanan pedas, gatal, berlemak dan berminyak. Penjagaan makanan amat penting untuk mengelakkan angon meroyan atau peranakan tidka kembali ke tempat asal.

AMALAN BERPANTANG TRADISIONAL DAN MODEN

1. Bersama dengan suami

Ini antara perkara penting yang perlu dibincang bersama-sama suami. Isu sensitif. Yang penting perlu kesefahaman.
Banyak sebab mengapa pantang bersama suami itu lama. Sebabnya adalah rahim wanita itu sendiri.
Kalau rahim tidak sihat dan kuat (tidak dinaikkan pada kedudukan asal), wanita akan mudah sakit dan demam. Badan memang jadi sentiasa tidak sihat.
Bersama dengan suami

2. Penyusuan samada menyusu badan ataupun susu formula

Tradisionalnya orang-orang dulu memang wajib menyusukan bayi dengan susu badan.
Dan sekarang bila ada alternatif yang memudahkan, sebab itu lebih kepada susu formula.
Namun kesedaran semakin meningkat kalangan ibu yang bekerja untuk menyusukan bayi dengan susu badan.
Ini lebih kepada pilihan pada ibubapa itu sendiri untuk pilih yang terbaik untuk bayi mereka.
Menyusukan bayi

3. Berbengkung herba ataupun bengkung moden

Secara tradisionalnya memang wajib pakai bengkung iaitu bengkung berbentuk zing-zag. Bengkung yang memerlukan bantuan orang lain untuk memakainya. Boleh dikatakan dulu sangat jarang wanita bersalin secara pembedahan. Semuanya bersalin normal malah ada yang bersalin sendirian di rumah kan.
Tapi kebanyakan sekarang bersalin secara pembedahan. Memang bengkung zing-zag tidak boleh digunakan.
Berbengkung perut
Sebab itu ada inisiatif berbengkung dengan cara moden. Cara pemakaian pun mudah dan tanpa perlu bantuan orang lain untuk pakai kan.
Tambahan pula, ada yang berpantang sendirian tanpa keluarga disisi. Harapkan suami sahaja yang membantu.

4. Bertungku tradisional ataupun ambil ubat/vitamin

Bertungku adalah penting untuk kesihatan rahim wanita. Walaupun anda generasi Y ke Z ke Alpha ke memang bertungku bagus untuk kesihatan dalaman dan untuk jangka masa panjang.
Pada masa yang sama, vitamin juga boleh membantu mempercepatkan rahim untuk sihat dan kuat.
Kedua-duanya sama penting dan melengkapi antara satu sama lain.
Bertungku untuk rahim

5. Berurut tradisional ataupun buat senaman selepas bersalin.

Sebenarnya ramai wanita tidak suka berurut. Dikatakannya sakit badan ditekan-tekan tambahan masa nak ‘menaik’kan peranakan.
Sama sakit semasa bersalin.
Memang sakit sangat. Tetapi tahan sakit selama sebulan je pun untuk sihat kemudian hari bagi selama-lamanya.
Berurut secara tradisional sangat penting untuk wanita. Kalau buat senaman memang tidak boleh membantu pun untuk urat-urat yang kembang, kedudukan peranakan di bawah, angin masuk dalam badan untuk dikeluarkan.
Berurut semasa dalam pantang
Dan kalau jadikan amalan ataupun hobi untuk mengurut, pasti badan sentiasa rasa ringan dan cergas.

Ingin kekal bertenaga dan sihat semasa berpantang? Anda boleh dapatkan SET BERPANTANG SHAKLEE. Ia boleh diambil seawal 2 jam selepas bersalin dan tidak menjejaskan susu ibu dan bayi ketika demam kuning.


COD SHAKLEE AREA :
TAMPOI / TAMAN DAHLIA / TAMAN KEMAS / TAMAN CEMPAKA / DAMANSARA ALIFF / TAMAN PERLING / BUKIT INDAH / TAMPOI UTAMA / BANDAR BARU UDA / TAMAN JOHOR / KEMPAS / SETIA TROPIKA  / GELANG PATAH

 POS SETIAP HARI SEMENANJUNG MALAYSIA / SABAH SARAWAK

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

NURMALA SURATANNI
ID : 1224878
CONTACT NO : 013 2712089
www.duniacantikluna.blogspot.com
FB : Luna Moonfang
IG : LUNA.SHAKLEE

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU : CARA PENJAGAAN RAHIM

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU : CARA PENJAGAAN RAHIM



Rahim merupakan aset penting bagi wanita dimana rahim merupakan kilang untuk wanita mendapatkan zuriat. Rahim perlu dijaga sebaik mungkin. Namun masih ramai wanita yang tidak mengambil berat mengenai rahim mereka. 

Rahim boleh terjejas atas menerima jangkitan akibat cara pemakanan, cara penjagaan yang tidak betul dan banyak lagi yang akhirnya boleh mengakibatkan kanser rahim apabila ianya dibiarkan dalan jangka masa yang panjang. Pelbagai cara juga boleh dibuat dengan penjagaan rahim yang betul bagi mencegah jangkitan mahupun kanser sejak dari awal lagi.

CARA PENJAGAAN RAHIM

1. Kenali Sejarah Keluarga

Saya percaya mungkin ada dikalangan kita yang tidak mengetahui latar belakang keluarga, sama ada yang baik atau buruk. Sesuatu penyakit yang menimpa keluarga sepatutnya tidak dirahsiakan sebaliknya perlu diberitahu kepada ahli keluarga yang lain supaya langkah berjaga-jaga dan langkah pencegahan dapat diambil.
Sekiranya terdapat penyakit rahim dikalangan ahli keluarga, terutamanya ibu, adik-beradik, nenek atau ibu saudara. Setiap penyakit berkaitain baka, berisiko menyumbangkan 10% terhadap penyakit. Dan anda sepatutnya mengelakkan faktor persekitaran yang boleh menyebabkan penyakit.

2. Jangan Sengaja Lewatkan Berkahwin

Menurut kajian wajian yang lambat atau tidak hamil lebih terdedah kepada ancaman fibroid dan adenomyosis. Ini kerana fungsi utama rahim ialah untuk menampung kehamilan. Ketika hamil ia boleh mengembang dan membesar sehingga 1000 kali ganda daripada normal dan akan kembali kepada saiz asal selepas bersalin. Proses ini boleh mencegah daripada terjadinya fibroid dan adenomyosis.

3. Menjaga Keseimbangan Hormon

Wanita memang sinonim dengan masalah hormon dan 2 hormon yang sangat mempengaruhi rahim wanita ialah estrogen dan progesteron. Kedua-dua hormon ini mempunyai fungsi yang berlainan namun perlu saling seimbang dan bekerjasama. Gangguan imbangan hormon ini boleh mencetuskan bukan sahaja penyakit rahim malah boleh menjejaskan kesihatan wanita secara amnya. Kebiasaannya paras estrogen yang melebihi paras progesteron yang menyebabkan penyakit.
Antara faktor yang mempengaruhi kedua-dua hormon ini ialah tekanan fizikal dan mental serta gangguan emosi. Diet yang tidak terkawal iaitu yang mengandungi gula dan karbohidrat berlebihan, mengandungi bahan perisa dan pengawet berlebihan, obesiti dan penyakit PCOS boleh menyebabkan paras estrogen meningkat sedangkan paras estrogen berkurangan.
Jadi, wanita harus bijak memilih makanan yang seimbang, bijak mengawal tekanan dan amalkan senaman untuk hidup yang lebih sihat.

4. Menjaga Rahim Sejak Dari Kanak-Kanak

Seharusnya penjagaan rahim bermula daripada usia kanak-kanak lagi. Mungkin anak-anak tidak tahu, jadi tugas ibunya untuk memastikan anak sempurna dalam penjagaan kebersihan, maklumlah bukaan rahim adalah dekat dengan bukaan dubur dan bukaan pundi kencing yang mempunyai banyak kuman,
Anak-anak perlu digalakkan untuk memakan sayur dan pemakanan yang seimbang untuk membina daya ketahanan badan dan imuniti yang tinggi untuk mengelakkan sebarang jangkitan.
Dapatkan suplemen yang sesuai untuk anak-anak perempuan termasuk multivitamin, vitamin C dan minyak ikan untuk meningkatkan imunitinya.

5. Mengawal Berat Badan

Berat badan berlebihan memang turut mempengaruhi kesihatan rahim kerana wanita yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes lebih terdedah kepada risiko cyst dan hormon estrogen berlebihan. Kini, ramai yang terdedah kepada risiko obesiti sejak dari zaman kanak-kanak kerana pemakanan yang tidak dikawal.
Lambakan makanan segera kerana faktor gaya hidup yang semakin sibuk dan makanan segera sudah tentu pilihan yang lebih murah, menjadikan pelajar-pelajar termasuk pelajar sekolah dan pelajar universiti juga terdedah kepada masalah ini.
Jadi, bermula daripada berat berlebihan, gangguan hormon berlaku dan seterusnya mengganggu kelancaran haid dan akhirnya boleh merosakkan rahim.

6. Menjaga Kehormatan Diri

Sekarang sudah menjadi fenomena. Asal buka surat khabar atau dengar berita mesti banyak cerita dengan perlakuan sumbang dan gejala sosial remaja termasuk sanggup menggugurkan bayi secara haram dan membuang bayi.
Apabila berlaku pengguguran bayi secara haram, risiko untuk jangkitan kuman ke dalam rahim adalah tinggi dan lama-kelamaan rahim boleh rosak dan remaja itu juga berisiko untuk mandul.
Selain itu, sekiranya remaja mengandung secara haram dan tidak mendapat penjagaan semasa mengandung dan berpantang dengan baik, risiko kerosakan rahim juga turut meningkat.

7. Makanan-Makanan Untuk Kesihatan Rahim

Perbanyakkan makanan-makanan yang dapat membantu untuk menjaga rahim. Antaranya ialah buah nenas yang mengandungi enzim bromalin dan betik yang mengandungi enzim papase yang berfungsi untuk membersihkan darah kotor yang tertinggal di dalam semasa haid.
Keledek merah pula membekalkan sedikit hormon progesteron, keladi mempunyai sedikit hormon estrogen dan ubi kayu mempunyai vitamin B17 yang merupakan antikanser.
Kunyit, bawang merah, bawang putih, halia dan serai mempunyai fungsi anti radang yang turut memainkan peranan dalam menjaga kesihatan rahim.
Banyakkan makanan yang mengandungi antioksida termasuk sayur-sayuran hijau seperti bayam, sawi, pucuk paku, kubis, kacang, lobak merah, brokoli dan sebagainya. Selain itu, amalkan juga pemakanan buah-buahan seperti jambu, oren, mangga, epal, nenas, betik dan lain-lain serta kekacang seperti gajus, almond dan walnut. Bagus juga jika ditambahkan kismis dan buah kurma.
Untuk penjagaan rahim yang sihat juga, makanan seperti daging merah dan ayam sepatutnya dikurangkan. Sebaliknya lebihkan makan ikan seperti ikan kembung, ikan tenggiri, ikan bawal, mackerel, tuna, ikan tongkol dan lain-lain.
Selain itu, teh hijau yang mengandungi antioksida juga sangat baik untuk mencegah penyakit.

8. Suplemen Untuk Wanita

Selain itu, suplemen yang baik untuk rahim dan sangat penting untuk diamalkan untuk kesihatan berpanjangan bagi seseorang wanita ialah multivitamin, vitamin C sekurang-kurangnya 1000mg sehari, vitamin E sebanyak 400IU sehari, kalsium sebanyak 1000mg sehari dan minyak ikan dalam 1000-2000mg sehari sehingga akhir hayat.

9. Amalkan Jagaan Pantang Yang Betul

Saya akui kebanyakan wanita sekarang berkerjaya dan semakin sibuk. Kesukaran untuk mendapat cuti berpantang adakalanya menyebabkan wanita mengabaikan tempoh berpantang selepas bersalin. Sepatutnya wanita harus memberi masa kepada diri sendiri untuk betul-betul sembuh daripada luka luaran dan dalaman selepas bersalin untuk memastikan rahim sihat sepenuhnya kerana perubahan yang berlaku semasa hamil.
Para suami juga seharusnya memahami keadaan wanita dan memberi masa untuk berpantang untuk menyembuhkan kembali luka supaya dapat mengembalikan kesihatan seperti sebelum mengandung. Lagipun, lama lagi nak guna badan tu.
Selain menggunakan jamu yang ramai wanita tidak berapa suka, ada cara lain yang lebih best untuk penjagaan kesihatan diri dan dalaman wanita. 

Mencari supplements yang dipercayai dan bebas dari bahan kimia?
Dapatkan produk shaklee yang mengandungi bahan semulajadi dan diuji secara klinikal.

COD SHAKLEE AREA :
TAMPOI / TAMAN DAHLIA / TAMAN KEMAS / TAMAN CEMPAKA / DAMANSARA ALIFF / TAMAN PERLING / BUKIT INDAH / TAMPOI UTAMA / BANDAR BARU UDA / TAMAN JOHOR / KEMPAS / SETIA TROPIKA  / GELANG PATAH

 POS SETIAP HARI SEMENANJUNG MALAYSIA / SABAH SARAWAK

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

NURMALA SURATANNI
ID : 1224878
CONTACT NO : 013 2712089
www.duniacantikluna.blogspot.com
FB : Luna Moonfang
IG : LUNA.SHAKLEE