13 August 2016

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU : AMALAN BERPANTANG TRADISIONAL DAN MODEN

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU : AMALAN BERPANTANG TRADISIONAL DAN MODEN

Amalan berpantang selepas bersalin amat penting diamalkan bagi memberi kesihatan yang sempurna kepada ibu dan juga bertujuan bagi menguatkan rahim. Banyak jenis berpantang mengikut adat mahupun tradisi orang-orang lama. Berpantang secara tradisional dan juga secara moden.

Tetapi ada juga ibu yang tidak mengamalkan berpantang secara disiplin. Contohnya seperti tidak menjaga pemakanan. Berpantang secara tidak berdisiplin boleh mendatangkan banyak kemudaratan. Contoh seperti badan akan berasa seperti bisa-bisa, rahim tidak kuat, meroyan dan banyak lagi. Menolak amalan berpantang akan memberi kesihatan yang tidak baik kepada ibu pada masa yang akan datang.


Amalan berpantang tradisional

BERTUNGKU

Orang dulu-dulu amat menitikberatkan amalan bertungku. Alat yang digunakan adalah batu tungku atau besi padu yang dipanaskan di atas api dalam masa setengah atau satu jam. Tungku akan dibungkus dengan daun mengkudu atau daun sireh atau pun daun lengkuas bagi memberikan aroma terapi yang menyenangkan buat para ibu. Lapisan dedaun ini juga adalah untuk mengelakkan kain pembalut tungku hangus akibat kepanasan tungku. Amalan bertungku bertujuan menghangatkan badan dan rahim ibu, membuang angin dalam badan, mengecutkan urat yang kembang setelah bersalin dan melancarkan perjalanan darah.

BERURUT

Urutan dilakukan setiap pagi sebelum mandi atau selepas bertungku. Ia dijalankan selepas semingggu bersalin selama tiga hari berturut-turut. Ada juga yang meneruskan urutan pada penghujung pantang iaitu hari ke 42 atau 44, atau hari ke 60 dan ke 100 pantang, bergantung kepada tempoh seseornag itu mengamalkan berpantang. Ia bertujuan memulihkan kesegaran badan, melancarkan peredaran darah, membersihkan kulit mati dan memperkemaskan bahagian perut serta mempercepatkan pengeluaran darah nifas dan kekotoran.

MANDIAN SEMASA BERPANTANG

ada orang memandikan diri dengan air rebusan dedaun herba dan ada juga yang menjalani kaedah mandi lulur. Dilakukan selepas dua minggu. Antara daun yang digunakan adalah daun kunyit, lenggundi, secerek, pandan, lengkuas, serai wangi, daun inai, pisang kelat, mengkudu, rempah halba dan daun limau purut. Aroma mandian ini sangat menenangkan para ibu. Ia bertujuan mengeluarkan angin, mengendurkan otot, menghaluskan kulit dan awet muda.  

MEMAKAI BENGKUNG

memakai bengkung penting untuk mengembalikan kecantikan rubuh badan. Sebelum memakai bengkung, tepel disapu bersama minyak kayu putih, kapur sireh dan perahan limau nipis. Pada masa kini, banyak losyen pati halia juga bersesuaian digunakan semasa berbengkung. Ia membantu mengurangkan rasa sakit di perut, mengenpiskan perut dan mempercepatkan pengeluaran darah kotor. Selain itu ibu berpantang turut memakai param di badan untuk mengelakkan masuk angin serta di dahi untuk mengelakkan pening. 

PEMAKANAN

Makanan di awal proses setelah kelahiran ibu berpantang disyorkan makan makanan kering sahaja untuk mempercepatkan proses pengecutan rahim. Dilarang makanan pedas, gatal, berlemak dan berminyak. Penjagaan makanan amat penting untuk mengelakkan angon meroyan atau peranakan tidka kembali ke tempat asal.

AMALAN BERPANTANG TRADISIONAL DAN MODEN

1. Bersama dengan suami

Ini antara perkara penting yang perlu dibincang bersama-sama suami. Isu sensitif. Yang penting perlu kesefahaman.
Banyak sebab mengapa pantang bersama suami itu lama. Sebabnya adalah rahim wanita itu sendiri.
Kalau rahim tidak sihat dan kuat (tidak dinaikkan pada kedudukan asal), wanita akan mudah sakit dan demam. Badan memang jadi sentiasa tidak sihat.
Bersama dengan suami

2. Penyusuan samada menyusu badan ataupun susu formula

Tradisionalnya orang-orang dulu memang wajib menyusukan bayi dengan susu badan.
Dan sekarang bila ada alternatif yang memudahkan, sebab itu lebih kepada susu formula.
Namun kesedaran semakin meningkat kalangan ibu yang bekerja untuk menyusukan bayi dengan susu badan.
Ini lebih kepada pilihan pada ibubapa itu sendiri untuk pilih yang terbaik untuk bayi mereka.
Menyusukan bayi

3. Berbengkung herba ataupun bengkung moden

Secara tradisionalnya memang wajib pakai bengkung iaitu bengkung berbentuk zing-zag. Bengkung yang memerlukan bantuan orang lain untuk memakainya. Boleh dikatakan dulu sangat jarang wanita bersalin secara pembedahan. Semuanya bersalin normal malah ada yang bersalin sendirian di rumah kan.
Tapi kebanyakan sekarang bersalin secara pembedahan. Memang bengkung zing-zag tidak boleh digunakan.
Berbengkung perut
Sebab itu ada inisiatif berbengkung dengan cara moden. Cara pemakaian pun mudah dan tanpa perlu bantuan orang lain untuk pakai kan.
Tambahan pula, ada yang berpantang sendirian tanpa keluarga disisi. Harapkan suami sahaja yang membantu.

4. Bertungku tradisional ataupun ambil ubat/vitamin

Bertungku adalah penting untuk kesihatan rahim wanita. Walaupun anda generasi Y ke Z ke Alpha ke memang bertungku bagus untuk kesihatan dalaman dan untuk jangka masa panjang.
Pada masa yang sama, vitamin juga boleh membantu mempercepatkan rahim untuk sihat dan kuat.
Kedua-duanya sama penting dan melengkapi antara satu sama lain.
Bertungku untuk rahim

5. Berurut tradisional ataupun buat senaman selepas bersalin.

Sebenarnya ramai wanita tidak suka berurut. Dikatakannya sakit badan ditekan-tekan tambahan masa nak ‘menaik’kan peranakan.
Sama sakit semasa bersalin.
Memang sakit sangat. Tetapi tahan sakit selama sebulan je pun untuk sihat kemudian hari bagi selama-lamanya.
Berurut secara tradisional sangat penting untuk wanita. Kalau buat senaman memang tidak boleh membantu pun untuk urat-urat yang kembang, kedudukan peranakan di bawah, angin masuk dalam badan untuk dikeluarkan.
Berurut semasa dalam pantang
Dan kalau jadikan amalan ataupun hobi untuk mengurut, pasti badan sentiasa rasa ringan dan cergas.

Ingin kekal bertenaga dan sihat semasa berpantang? Anda boleh dapatkan SET BERPANTANG SHAKLEE. Ia boleh diambil seawal 2 jam selepas bersalin dan tidak menjejaskan susu ibu dan bayi ketika demam kuning.


COD SHAKLEE AREA :
TAMPOI / TAMAN DAHLIA / TAMAN KEMAS / TAMAN CEMPAKA / DAMANSARA ALIFF / TAMAN PERLING / BUKIT INDAH / TAMPOI UTAMA / BANDAR BARU UDA / TAMAN JOHOR / KEMPAS / SETIA TROPIKA  / GELANG PATAH

 POS SETIAP HARI SEMENANJUNG MALAYSIA / SABAH SARAWAK

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

NURMALA SURATANNI
ID : 1224878
CONTACT NO : 013 2712089
www.duniacantikluna.blogspot.com
FB : Luna Moonfang
IG : LUNA.SHAKLEE

No comments:

Post a Comment