Pemakanan ibu mempengaruhi susu ibu dari segi nutrisi melalui pemakanan yang diambil oleh si ibu. Ada juga ibu yang murung apabila susu badannya mula merudum.
Mari ketahui mengapa berlakunya kurang penghasilan susu ibu.
Sebab kurangnya penghasilan susu ibu mungkin berpunca daripada :
- Bayi tidak kerap menyusu. Kekerapan bayi menyusu menentukan penghasilan susu ibu. Semakin kerap bayi menyusu semakin banyak susu yang dihasilkan. Sebaik-baiknya ibu menyusukan bayi setiap 2 jam.
- Ibu yang mengalami masalah sakit puting atau puting pendek selalunya menggunakan sarung puting (nipple shield). Penggunaan sarung puting menyebabkan lambatnya tindak balas atau rangsangan pengaliran susu setiap kali bayi menyusu.
- Ada ibu yang menetapkan jadual menyusu bagi bayinya. Penetapan jadual menyusu ini juga menjejaskan penghasilan susu ibu.
- Menyusukan bayi di sebelah payudara sahaja juga mengurangkan bekalan susu ibu. Oleh itu ibu perlu memberikan susu dengan kedua-dua belah payudaranya kepada bayi supaya bekalan susu yang cukup dan berterusan dapat dihasilkan.
- Kesihatan ibu juga penting dalam penghasilan susu. Terlalu letih dan terganggu juga akan menjejaskan tindak balas pengaliran susu ibu. Oleh itu ibu perlu memastikan mempunyai masa rehat yang cukup.
- Pengambilan ubat-ubatan juga mempengaruhi penghasilan susu. Ubat-ubatan selalunya selamat untuk ibu yang menyusukan bayi. Walau bagaimanapun ada juga ubat-ubatan yang mengganggu penghasilan susu. Oleh itu jika ibu mendapat rawatan doktor, maklumkan kepada doktor bahawa anda sedang menyusukan anak. Ibu yang membuat IUD mungkin menghadapi masalah kekurangan susu kerana IUD mengandungi hormon yang menyebabkan susu berkurangan.
- Kurang air boleh menjejaskan penghasilan susu. Ibu yang menyusukan anak perlu minum sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari. Amalkan minum air sebelum menyusukan bayi. Minum air yang tidak mengandungi banyak gula.
- Makan makanan yang seimbang. Elakkan makan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi. Ibu yang menyusukan anak mungkin selalu berasa lapar. Anda boleh kerap makan tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Makanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan kekurangan susu ibu. Ibu terlalu berpantang semasa dalam tempoh berpantang selepas bersalin juga boleh menyebabkan kekurangan penghasilan susu.
Salah satu cara untuk mendapatkan susu ibu yang banyak ialah dengan mengamalkan pengambilan SET PENYUSUAN SHAKLEE. Terdapat pilihan set penyusuan mengikut bajet anda. Hubungi saya untuk konsultasi secara percuma mengikut bajet anda.
COD SHAKLEE AREA :
TAMPOI / TAMAN DAHLIA / TAMAN KEMAS / TAMAN CEMPAKA / DAMANSARA ALIFF / TAMAN PERLING / BUKIT INDAH / TAMPOI UTAMA / BANDAR BARU UDA / TAMAN JOHOR / KEMPAS / SETIA TROPIKA / GELANG PATAH
POS SETIAP HARI SEMENANJUNG MALAYSIA / SABAH SARAWAK
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
NURMALA SURATANNI
ID : 1224878
CONTACT NO : 013 2712089
www.duniacantikluna.blogspot.com
FB : Luna Moonfang
IG : LUNA.SHAKLEE
No comments:
Post a Comment