PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU : PUNCA PERUT BUNCIT
Perut buncit memang musuh utama lelaki dan juga perempuan. Kalau boleh semua orang nak perut yang flat atau six pax kan. Walau bagaimanapun masih belum ada kesedaran orang ramai untuk menjaga pola pemakanan bagi mengelakkan terjadinya perut buncit.
PUNCA PERUT BUNCIT
GAYA HIDUP
Pola pemakanan yang tidak betul adalah punca utama berlakunya perut buncit. Kurang melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh dan pengambilan makanan melebihi jumlah yang diperlukan akan menyebabkan lebihan kalori disimpan sebagai lemak dalam sel-sel lemak.
Lemak yang bertimbun-timbun di seluruh tubuh termasuk perut akan meningkat seiring pertambahan berat badan dan gaya yang tidak sihat. Kalori berlebihan ini banyak terdapat dalam makanan kurang serat atau pun tinggi lemak tepu. Makanan diproses seperti daging, marjerin, makanan bergoreng terutama yang menggunakan minyak goreng yang digunakan berulang kali, beberapa jenis kuih dan daging merah adalah antara sumber penyumbang utama.
USIA
Secara semulajadi, aktiviti seseorang berkurangan seiring dengan pertambahan usianya. Bahkan jisim otot akan turur berkurang disebabkan aktiviti yang semakin berkurangan. Ini menjurus kepada penambahan berat badan dan perut buncit.
Sekiranya aktiviti yang berkurangan tersebut tidak diimbangi dengan pengurangan pengambilan kalori, akibatnya semakin meningkat usia, perut akan semakin membuncit.
KETURUNAN
Ada sesetengah pendapat mengatakan sekiranya ibu bapa mempunyai ukur lilit perut yang besar, maka anak juga berpotensi memiliki perut yang besar. Kebanyakan lelaki cenderung menyimpan lemak di perut atas menyebabkan mereka berpotensi mempunyai perut buncit.
Sebahagian besar wanita sebelum menopaus cenderung menyimpan lemak di bawah perut, sisi pega dan pinggul. Selepas menopais, lemak lebih banyak tersimpan di perut sebelah atas.
ALKOHOL
Kajian membuktikan pengambilan alkohol berlebihan boleh menyebabkan tubuh kurang efisien dalam membakar lemak. Lemak semakin banyak dalam tubuh seiringan dengan kebiasaan pengambilan alkohol.
HORMON
Peningkatan stress dalam kehidupan seharian seperti kurang tidur juga boleh menyebabkan lemak perut bertambah. Tabiat kurang tidur akan meningkatkan produksi hormon kortisol dalam otak dan sekaligus meningkatkan penimbunan lemak perut.
AMALKAN GAYA HIDUP DAN PEMAKANAN YANG SIHAT UNTUK MEBGELAKKAN PERUT BUNCIT.
Dapatkan konsultasi percuma untuk mengelakkan perut buncit dengan SHAKLEE.
COD AREA :
TAMPOI / TAMAN DAHLIA / TAMAN KEMAS / TAMAN CEMPAKA / DAMANSARA ALIFF / TAMAN PERLING / BUKIT INDAH / TAMPOI UTAMA / BANDAR BARU UDA / TAMAN JOHOR / KEMPAS / SETIA TROPIKA / GELANG PATAH
POS SETIAP HARI SEMENANJUNG MALAYSIA / SABAH SARAWAK
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
NURMALA SURATANNI
ID : 1224878
CONTACT NO : 013 2712089
www.duniacantikluna.blogspot.com
FACEBOOK : LUNA MOONFANG
INSTAGRAM : LUNA.SHAKLEE
No comments:
Post a Comment