19 June 2016

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU : Kesan Kafein Yang Berlebihan



PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU : KESAN KAFEIN YANG BERLEBIHAN

Setengah orang mengamalkan minuman yang berkafein sebagai minuman harian bagi mengelakkan rasa mengantuk ketika bekerja. Perlu diketahui kafein boleh bertahan dalam tubuh manusia selama 8 jam.
Tapi tahukah anda kesan akibat mengambil  kafein yang berlebihan?

PENGARUHI JANTUNG DAN SISTEM DARAH
Kafein boleh mempengaruhi jantung dan sistem pengaliran darah. Kafein yang mula memasuki tubuh akan terus ke pembuluh darah seterusnya menyebabkan jantung berdegup lebih laju dari sepatutnya. Darah mula dipam lebih cepat ke seluruh tubuh. Kerana itulah ia mengundang bahaya kepada penghidap darah tinggi disebabkan risiko terkena strok agak tinggi.

CEGAH PENUAAN DAN KANSER
Kebanyakan produk kafein seperti kopi, minuman coklat dan teh mengandungi bahan antioksidan dimana ia berupaya mencegah masalah penuaan serta kanser. Di samping itu, produk kafein juga kaya dengan asid lemak serta beberapa jenis vitamin yang lain. Kerana itulah ia memberi manfaat kepada tubuh.

PENCERNAAN PERLAHAN
Pengambilan berlebihan boleh mengganggu proses pencernaan di mana otot-otot di bahagian berkenaan mulai menegang. Hal ini secara tidak langsung menjadikan proses pencernaan berlangsung dengan perlahan. Cara terbaik mengatasinya adalah dengan menghindarkan  diri dari mengambil teh atau kopi selepas makan. Paling tidak tunggulah sehingga setengah atau satu jam sekiranya anda benar-benar ingin mengambilnya. Begitu juga dengan ubat-ubatan yang dirumuskan menggunakan kafein sebagai bahan-bahannya. Masa pengambilannya juga perlu dilewatkan seperti yang dinyatakan di atas.

KESAN TERHADAP SISTEM SARAF
Pengambilan kafein secara berlebihan boleh mempengaruhi sistem saraf. Malah kesannya juga boleh dilihat dengan jelas dimana tangan terketar-ketar, pening kepala, loya atau cemas sepanjang waktu.

BAHAYA KEPADA PESAKIT DIABETES
Ramai individu gemar mengambil kafein bersama gula. Sebenarnya, ia bukanlah satu tabiat yang baik kerana tanpa disedari, mereka telah menyusahkan kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan oleh pankreas. Disebabkan pengambilan gula yang banyak, pankreas terpaksa menghasilkan lebih banyak insulin untuk mencerna gula berkenaan. Kesannya, paras insulin dalam darah akan naik sekali gus membahayakan pesakit-pesakit diabetes yang gemar mengambil minuman ini.

IMPAK TEKANAN DUA KALI GANDA
Kafein boleh memberi tekanan kepada tubuh badan. Sekiranya anda mudah mengalaminya maka dinasihatkan agar menjauhkan diri darioada kafein sepenuhnya. Bimbang sekiranya tubuh yang mudah tertekan akan mengalami tekanan berganda apabila 'dibebankan' dengan kafein di dalamnya.

COD AREA :
TAMPOI / TAMAN DAHLIA / TAMAN KEMAS / TAMAN CEMPAKA / DAMANSARA ALIFF / TAMAN PERLING / BUKIT INDAH / TAMPOI UTAMA / BANDAR BARU UDA / TAMAN JOHOR / KEMPAS / SETIA TROPIKA  / GELANG PATAH

 POS SETIAP HARI SEMENANJUNG MALAYSIA / SABAH SARAWAK

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

NURMALA SURATANNI
ID : 1224878
CONTACT NO : 013 2712089
www.duniacantikluna.blogspot.com
FACEBOOK : LUNA MOONFANG
INSTAGRAM : LUNA.SHAKLEE


No comments:

Post a Comment