31 March 2016

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU : Skurvi

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU : SKURVI





 APA ITU SKURVI?
Penyakit skurvi terjadi disebabkan kekurangan vitamin C (asid askarbic) dalam badan. Ini kerana tubuh badan kita tidak mampu untuk hasilkan vitamin C itu dengan sendiri. Sebab itu kita perlu ambil pemakanan yang mengandungi vitamin C.

Sebenarnya vitamin C tidak disimpan dalam badan kita memandangkan ia adalah larut air. Kerana itu, orang sanggup mengambil suntikan vitamin C untuk muka untuk bagi tegang.

Penyakit skurvi ini terjadi disebabkan kurang pengambilan sayur-sayuran atau buah-buahan yang bercitrus.

Skurvi dengan kekurangan vitamin C
Perasan tak gigi Jack Sparrow pun tak sihat?

Sebab itu, penyakit ini dikenalpasti pada kurun 16 hingga 18 disebabkan kelasi-kelasi kapal yang belayar pada tempoh yang lama dan pengambilan makanan yang kurang zat vitamin C.

Jangan fikir anda tidak terkena penyakit skurvi yea. Sebab antara golongan yang utama mudah mendapat gejala ini adalah mereka yang dalam proses diet untuk menguruskan badan dengan mengabaikan pengambilan vitamin C.

No comments:

Post a Comment